Doraemon. Siapa yang tak kenal anime ini yang sejak dari kecil lagi ditayangkan di kaca televisyen Malaysia ini. Kalo dulu ditayangkan di TV1 pada pukul 7 malam hari Jumaat, sekarang ditayangkan di NTV7 pada pukul 7.30 malam hari Sabtu. (kalau tak silap la...).
Aku tak menafikan yang aku dari kecil lagi tengok Doraemon sampailah sekolah menengah. Bukan apa, seronok sangat jalan cerita dia. Ada-ada saja alat yang dibawa keluar oleh Doraemon. Yang peliknya tak habis-habis pulak. Isk3..
Bagi korang yang minat cerita Doraemon nie, korang tahu tak apa kesudahan cerita Doraemon nie?
Menurut sumber yang aku ambil dari WikiA, ada 3 cadangan ending bagi siri Doraemon ini.
1. Nobita merupakan seorang budak yang menderita kecacatan otak dan yang sebenarnya semua watak-watak (termasuk Doraemon) hanya khayalannya. Dalam kehidupan sebenar, Nobita merupakan seorang budak lelaki kecil yang sakit dan akan mati dan dibayangkan terbaring diatas katil sakitnya. Jadi dia telah berangan mengenai Doraemon untuk membantu dia meringankan kesakitan dan kemurungannya.
Idea kesudahan cerita ini telah menimbulkan kemarahan peminat-peminat setia Doraemon dan akhirnya memaksa penerbit membatalkan kesudahan ini.
p/s: isk3.. aku pon tak suka beb!
2. Nobita terjatuh dan kepalanya terkena pada seketul batu dan akhirnya koma. Malangnya setelah sedar, Nobita pulak jadi lumpuh. Demi menyelamatkan Nobita, Doraemon menjual kesemua alat-alat dia kecuali Pintu Sesukati (sesukati aku bagi nama..) untuk menampung perbelanjaan pembedahan. Entah macammana pulak, pembedahan telah gagal dan tak dapat diselamatkan. Disewaktu Nobita sedang nazak, Doraemon bertanya kepada Nobita kemana tempat yang paling dia hendak pergi. Walau ke zaman mana dan dimana-mana sanggup Doraemon membawanya. Tetapi pada akhirnyajawapan bagi tempat yang Nobita ingin pergi ialah Syurga.
p/s: Idea ini merupakan ending rasmi bagi Doraemon. Huhu.. sedihnya...
3. Ending ini bukan idea dari penerbit dan pelukis asal, tetapi dari peminat Doraemon. Beliau merupakan Nobuo Sato dan telah menyiarkan ending cerita nie beberapa tahun lepas.
Disebabkan aku rasa ending yang nie agak menarik, aku telah mengambil keputusan untuk membuat alih bahasa komik ini. Ini kali pertama aku buat alih bahasa. Kalo salah tolong tunjukkan.
Klik gambar untuk lihat pada saiz asal.
Sebenarnya cerita yang aku upload nie tak lengkap lagi. Ada 16 mukasurat kesemuanya. Aku baru translate 7 mukasurat jer. harap korang sabar menunggu yer? Esok aku upload lah lagi. Hehehe...
Komik Episod Akhir Siri Doraemon - Part Akhir dah keluar. Klik je link tadi untuk sambung baca. Thank.
Idea asal : Rusher20ixa
wow!!! mnenarik gila!! jap2 aku nak baca kartun tu hahah serius lah entry yg menarik! 5bintang laaaa
ReplyDeletep./s aku kenal ko ke??!
bagus dan sgt rajin tuan tanah...best2...
ReplyDeleteWah2 idea aku hehehe
ReplyDeleteada baca gak kat wikipedia dulu, masa tu nak cari ending doraemon gak. Paling bengang ending yang nobita terhantuk kepala tu la. Kalau aku nak ubah jalan cerita komik ni, aku nak ubah jalan cerita Slam Dunk, sedih dengan ending, Shohoku tak menang!!!
ReplyDeletekenapa aku rasa cam kehilangan? thanks untuk translation itu...seronok plak baca dalam bahasa sendiri
ReplyDeleteErm erm.. Segan laa nak ckap.. Tapi tapi.. Cakap gak la.. Ku suke Power Rangers.. Boleh tak wat versi power angers plak pasni.. Boleh ek? Haha.. ;p
ReplyDeleteuikkk...aku minat weh doremon ni dulu2...errr ending dia camana ek...tak sabar ni...
ReplyDeleteBoneka Tak Sakit : thx.. hehe
ReplyDeletekitatauke : thx to u.. =)
Rusher20x : that right, u r my inspiration
akuvision : aku xpernah tgk ending slammdunk.. tapi dia kalah ker? ahaha..
Sir Marcello : terasa kehilangan sebb jalan cerita ker? kalo komik, ia sebab aku x abis upload lagi.. hahahhaa...
FarhanaDr : isk3.. blog aku bukan blog translate komik.. itu hanya suke2 jer.. -_-" (sweating)
Mario : esok kalo sempat, dalam kul 8 pagi akan di upload yg lain.. tunggu... =)
zoro..
ReplyDeletekatun zoro xde ke?
doraemon bes..aku suke sjak dari kecik2 lg.katun feveret aku :D
ReplyDeleteweh zoro...
ReplyDeletekalau nak tengok ending ultraman datang bilik aku...
hari tu tengok tak abis...
aku dah abes download ni...
meh la weh...
hhahahha///aku penh ckp dgn kakak aku..bile la nobita n the geng nak besar..asik pakai baju yg same je...tak de bj lain ke..huhuhuh..never ending kot cite nih..mgkin bile tibe zaman...anak2 kite..still ade cerite ni..
ReplyDeletepal7 : kartun zoro ade... one piece lah.. =)
ReplyDeletechybee : yessa.. same lah kita..
apih el nino : wokey elnino.. kekgi aku hntar cd mu, pastu amik otromen lak..
Kepala Bergetar : xpe2.. nanti Kepala Bergetar leh pinjam dari saya yer? :P
mizzbutterfly : sebenarnya dah ending dah.. yang dalam entri inilah ending dia.. yang dalam tv tue ulangan jer.. =)
kepala bergetar...
ReplyDeletenanti aku buat entry pasal ending ultraman kat blog aku k...
aku kena tengok citer tu utk 2nd time...
tak puas tengok skali je...
Pembetulan pada zoro sebenarnya terdapat 4 ending yang ko amik amik idea aku tu ko x usha bebetul yang aku listkan tu ending bagi komik untuk anime pulak ader ending lain dan terdapat anime tu boleh didownload cuber tanyer pakcik google aku dah download tapi x ingat kat mana
ReplyDeleteapih el nino : yessa.. citer yg sgt best sebb grafik dia pon best! hehe
ReplyDeleteRusher20x : oohh.. thx Rusher20x sebb bagitau.. hehe
seingat memori ohujan, last skali nobita just ada screw doremon last skali. doremon dihapuskan.. heheh
ReplyDelete@ ohujan,
ReplyDeletescrew???? yang mana tue? LOL~ naper xgtau awal2? huhu.....