About Zoro

Siapakah Roronoa Zoro?

Simple Profile
Lambang Tengkorak bermaksud Lanun !

Pertama kali aku nak cakap, nama aku yang sebenar bukanlah Roronoa Zoro. Tolong jangan tersalah anggap aku nie orang jepun yer. (Maaf looo...). Aku hanyalah seorang lelaki melayu awal 20-an. Berasal dari utara semenanjung Malaysia. Seorang pelajar di sebuah IPTS di Kemaman, Terengganu iaitu TATiUC.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, akan menamatkan pelajaran dalam bidang Diploma in Networking pada bulan 8 @ 9 nie. (Kemungkinan selepas sambut Hari Raya Aidilfitri.) Seorang yang suka bermain-main dan melengahkan masa tetapi agak fokus bila melakukan sesuatu kerja.

Kenapa BerBlog?

Aku mempunyai kisah sendiri kenapa untuk berblog. Aku ingin mematangkan jiwa dan fikiran aku yang sempit umpama katak dibawah tempurung ini. Seperti kebanyakkan blogger-blogger Malaysia yang lain, aku mempunyai minat untuk berkongsi pendapat, maklumat dan hobi bersama-sama pembaca.

Apa yang aku harapkan semoga pembaca dapat kan ilmu yang ada sekiranya ianya berguna untuk para pembaca. Kerana aku juga seorang yang suka melawat blog orang lain dan mencari maklumat-maklumat yang berguna dan bermanfaat. Aku menulis untuk suka-suka dan ingin mendapat nama di mata rakyat Malaysia sebagai seorang blogger yang berkualiti. Mungkinkah ianya terjadi?

Kenapa pilih nama Roronoa Zoro? Siapa dia sebenarnya?

Roronoa Zoro a.k.a Pirate Hunter didalam One Piece

Sekiranya korang adalah peminat anime atau pernah menonton anime ONE PIECE, korang pasti akan mengenali watak ini. Roronoa Zoro adalah antara watak-watak penting didalam cerita ini. Dia merupakan pemain pedang (swordman) bagi kumpulan Lanun Topi Jerami / Straw Hat Pirates / 麦わら海賊団 (Mugiwara Kaizokudan). Seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi swordman yang terhebat di muka bumi. Menggunakan 3 bilah Pedang berbanding 1 pedang atau pedang berkembar (2 Pedang) berbanding pemain pedang yang lain.

Cukup sikit mengenai dia ! Ini bukan blog Zoro si Lanun itu. Ini blog seorang lelaki yang sebenar. Aku hanya meminjam namanya sebagai pemberi semangat untuk mengharungi hidup di dunia ini. Kerna aku mempunyai cita-cita sepertinya untuk menjadi yang terbaik. Bukan sebagai swordman tetapi sebagai manusia yang berjaya dan sebagai ketua keluarga (secara tak rasmi) yang kuat semangat. Itulah sebab ku menggunakan namanya.
~TAMAT~

Mungkinkah korang ingin bertanya lagi mengenaiku yang popular ini?
 ~ Oh perasan nya aku... ~

16 comments:

  1. minat bleach....budak getah ni ada la ikot sikit2

    ReplyDelete
  2. sorang naruto.. sorang bleach.. cantek.. kumpul geng peminat anime lepas nie.. hehe

    ReplyDelete
  3. patutla mcm penah ku dengar itu nama.... yeahhhh komik one piece bnyk tpi banyak beberapa buah je... tah la napa... ketika dahulu...

    ape ape pon sye suka dragon ball..

    doraemon tetap di hati...hahahhahaha

    ReplyDelete
  4. haha.. doraemon juga pilihan mu.. =)

    samalah kita.. :D

    ReplyDelete
  5. hoho.. belajar di tempat di mana kakak ipar aku mengajar.. hoho

    ReplyDelete
  6. one piece, balak aku minat animenya.
    tapi komik, dia kurang..

    aku? conan je la yang aku minat..
    xpun samurai x.
    hahha...

    ReplyDelete
  7. @ Frantz-Senpai,
    siapakah kakak ko tue? lecturer course ape? =P

    @ MsAnisSyahirah,
    oo.. haha.. anyway, aku layan kedua2nya sebb manga (komik) lagi laju berbanding anime.. tapi anime sebenarnya lebih seronok sebb kelakar.. hahaha.. =D

    ReplyDelete
  8. tergedik2 abg aq niy... hahahhahaaha

    ReplyDelete
  9. Salam,bro sekampunglah kita erk ? tati telok kalong kan?? kampung pancgur right? :)

    ReplyDelete
  10. yess... wah.. kawan sekampung nie.. ahaks.. jom gathering la... dah nak cuti nie.. apa kata jumpaminum2 ker? =D

    ReplyDelete
  11. hrmmm...
    aku minat blood plus...
    mgkn korng x pernh dgar kot tpi yg pling best
    FULLMETAL ALCHEMIST BROTHERHOOD...
    THE BEST EVER...
    HAHAHAHA...

    ReplyDelete
  12. fullmetal? haha..
    itu adalah salah satu kegilaan aku masa sekolah menengah dulu.. perhhh!! sangat2 power.. aku lah edward tue sebenarnya.. hohoho...

    ReplyDelete
  13. emmm...
    aku minat:
    Naruto
    One Piece
    Full Metal Alchemist
    Bleach
    Eyeshield 21
    The Law of Ueki
    Prince of Tennis

    haahaha... banyak lagi yang tak tertulis
    tp kalau dalam One Piece, suka sangat kat Monkey D. Luffy yang comel tu =)

    ReplyDelete
  14. ambo kenal jer zoro ni....ambo paling suka bleach...tapi sekarang ambo sedang sibuk duk mendonlod maid sama...best kot citer tu....bagi sape2 yang ase lelaki adalah perfect...huh...xrugi beb...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.