Monday, June 28, 2010

Currently Status

Aku malas nak update banyak-banyak hari nie. Status aku tersangat sibuk kerana menyertai PKM. Bukan Parti Komunis Malaya yer. Pertandingan Kemahiran Malaysia di ILP Kuala Lengat. So, aku berdoa aku mampu buat. Apa-apa pon berjaya atau tak, yang pasti malam nie aku nak terjun kolam renang. Hahaha.


Dah. |Entri paling pendek pernah aku buat.

Sunday, June 20, 2010

Cari Jodoh Versi Inggeris - I No Can Do ( Fabrizio Faniello )


"Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau...." - Wali Band Cari Jodoh

CONTEST! One Day I will going to reach MY DREAM !!


Impian dan Cita-Cita. Pada korang, adakah ianya memberi maksud yang sama atau berbeza? Bagi aku, impian dan cita-cita memang ada persamaan tetapi masih ada perbezaannya. Satu-satunya persamaan dua perkara nie adalah kita akan merasa gembira bila apa yang kita usahakan membuahkan hasil. Amacam? Setuju tak? Hehe =P

Friday, June 18, 2010

Apa yang Kau Akan Rasa Kalau Ketenangan Tiada?

I Felt Pain In My Heart. Do You Know Why? | Gaara Of The Desert

Sunday, June 13, 2010

Yang Mana Satu Payung Idaman Korang?

Alamak. Payung Terbang lah Pulak.

Hari ini aku nak cerita pasal payung pulak. Seperti yang kita tahu, payung begitu sinonim sekali dengan perkataan hujan. Bila sebut hujan jer ingat payung. Tapi tak jugak, pada waktu panas pun ada jugak yang pakai payung. Selalunya perempuanlah. Lelaki sangat-sangat tak cool pakai payung ditengah hari. Lebih-lebih lagi kalau payung berwarna merah jambu. Mesti orang jeling sakan. Hahaha.

Kat Malaysia nie kalau kita tengok payung yang digunakan hanya payung jenis biasa. Yang aku tahu hanya ada yang jenis tutup dan jenis lipat-lipat jadi kecik jer. Tapi tahukah korang bahawa ada banyak jenis payung yang telah dicipta? Dan yang lebih menarik, semuanya sangat-sangat cool dan kreatif. OK. kalau korang nak tengok, kita kita skodeng kat bawah nie.

Saturday, June 12, 2010

Teknik Menangkap Gambar Terbaik. Yang Mana Satu Cara Korang?


Korang pernah fikirkan tak sebenarnya nak menjadi tukang tangkap gambar atau photographer nie adalah sesuatu yang sukar? Kalo korang nak tahu, ianya memerlukan teknik-teknik atau skill yang hebat sehingga korang sendiri tak mampu nak lakukannya. Maklumlah nak mendapatkan sudut dan perspektif yang tepat dan sesuai. Kalo korang tak percaya tengok dibawah nie. Agak-agaknya korang sanggup tak buat skill macam diorang nie.

Friday, June 11, 2010

Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi


Assalamualaikum..
Sekadar sedikit ilmu yang hendak dikongsi bersama. Seperti yang kita tahu, memotong kuku adalah sunnah nabi. Dan sesiapa yang memotong kuku pada hari-hari tertentu akan memperoleh khasiat dan pahala terutamanya pada hari jumaat. Tetapi bagaimanakah cara memotong kuku yang betul mengikut sunnah nabi?

Thursday, June 10, 2010

Tentang Zoro : Adakah Aku Gila Seks !!??

Amaran !! 18 Tahun Ke Atas Sahaja.

Pendedahan khas ini telah dibawa oleh Mr. Zoro sendiri. Jika sebarang perkara yang terjadi kepada diri korang selepas membaca entri ini ialah bukan tanggungjawab penulis blog. PushStop ! Ok. Adakah korang sudah bersedia? Bersedia atau tidak, BOLOS saja dinding itu !! Haha. Gurau jer.. =P

Monday, June 7, 2010

Meruntuhkan Keegoan.


Astaghfirullahalazim.. Allahuakbar.. Yang yang terlintas dalam kepala aku bila membaca satu ruangan dalam majalah SOLUSI milik sahabat aku. Memang aku terkena sangat-sangat bila membacanya lebih-lebih lagi bila ianya bagaikan ditujukan kepada aku dengan tepatnya. Bila dibaca berulang-ulang dan berfikir panjang. Aku menjadi malu kerana perangaiku baru-baru ini agak mengecewakan.

Ya Allah, ampunilah dosaku. Kepada sahabat-sahabat blogger yang pernah terkena teguran pedas aku, aku minta maaf sangat-sangat atas keegoan aku. Perasan bagus dan baru-baru ini asyik hentam orang. Apa yang cuba aku lakukan adalah menegur, tapi kutukan pula yang diberi. Dalam hati berniat suci, tapi bila disampaikan jadi sangat keji.

Sunday, June 6, 2010

Mampukah Korang Mencari Dirinya?

Kalau Geli Jangan Tengok Weh !! Baca Entri Cukup. Haha..

Nie apahal lak letak gambar menantang nie. Wei aku benci reptilia bersisik. (Tapi semua retilia bersisik lah !). Woi woi woi.. Kura-kura pon reptilia. Mana ada sisik pon. Haha. Dah, aku mula mengarut.. (-_-") huhu ~ OKlah, kalau korang tak tahu, inilah yang dinamakan Sesumpah. Diorang nie comel weh. Tak macam biawak mahupon mengkarung. Malah lagi comel dari ular.

Bukan itu saja, kalau korang jumpa sesumpah, tak perlu lari sebab binatang nie bukan gigit pon. Tapi kalau korang jumpa ular, jangan memandai pergi belai-belai ye sayang. kalau tak, tak update lah entri korang gamaknya. Hehe.

Cukuplah intro merapu dari aku. Apa motif aku buat entri nie pun masih kelabu-kelabu lagi. OKlah. Sebenarnya aku nak tunjukkan bukan haiwan sahaja yang pandai menyamar. Manusia pon hebat. Tapi aku bukannya nak letak gambar askar di hutan yer. Tapi nak tunjukkan satu seni penyamaran oleh seorang manusia. Kalau korang rasa hebat, jom kita cari dia. Hehe.

Penyamaran ini telah dilakukan oleh Liu Bolin dari China menggunakan teknik penyamaran untuk menghasilkan seni yang menakjubkan ini. Dia nie mendapat inspirasi dari haiwan yang boleh menyamar macam sesumpah, harimau mahupon kuda belang. Jom cari dia !! Yiiha !!

Friday, June 4, 2010

Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat.

Assalamualaikum wbt.

Hari nie entri aku akan berkisar mengenai petanda-petanda hari kiamat. Entri ini adalah untuk peringatan kita semua. Iman seseorang tidak boleh diukur melalui penampilan, tetapi melalui peribadian kita. Kalo berpakaian macam pak lebai tapi ilmu tiada, tak guna juga. Bacalah ilmu akhirat ini di hari Jumaat ini.

Pesanan Ikhlas dari penulis :
Walaupon sudah membaca berkali-kali di mana-mana artikel sebelum ini, bacalah sekali lagi untuk peringatan kembali. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah. Amin.