Friday, June 4, 2010

Tanda-Tanda Kecil Hari Kiamat.

Assalamualaikum wbt.

Hari nie entri aku akan berkisar mengenai petanda-petanda hari kiamat. Entri ini adalah untuk peringatan kita semua. Iman seseorang tidak boleh diukur melalui penampilan, tetapi melalui peribadian kita. Kalo berpakaian macam pak lebai tapi ilmu tiada, tak guna juga. Bacalah ilmu akhirat ini di hari Jumaat ini.

Pesanan Ikhlas dari penulis :
Walaupon sudah membaca berkali-kali di mana-mana artikel sebelum ini, bacalah sekali lagi untuk peringatan kembali. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah. Amin.


Bismillahhirahmanirrahim...

Sesungguhnya perbincangan mengenai tanda-tanda kiamat merupakan diantara perkara ghaib yang tidak diketahui kecuali melalui wahyu (al-kitab & as-Sunnah). Urusan kiamat ini juga merupakan usul agama @ akidah umat islam yang wajib diimani. Sebahagian ulama membahagikan tanda-tanda @ syarat-syarat kedatangan hari kiamat ini kepada 2; pertama, tanda-tanda besar dan yang kedua, tanda-tanda kecil.

Sebahagian mereka membahagikannya kepada tanda-tanda yang berlaku di langit dan tanda-tanda yang berlaku dibumi. Ini semua adalah ijtihad dari sudut pembahagian semata-mata, bagi memudahkan penjelasan dan perbincangan. Adapun inti kepada setiap point-point tersebut sudah pastilah bersandarkan kepada nusus wahyu yang tiada ruang bagi akal untuk berijtihad.

Tanda-tanda kiamat yang akan dibincangkan disini adalah tanda-tanda kecil sahaja kepada kedatangan hari kiamat. Tanda-tanda kecil ini pula dibahagikan kepada dua bahagian;

1) Tanda-tanda yang telah berlaku dan sudah selesai.
2) Tanda-tanda yang telah berlaku tetapi akan terus berlaku & tanda-tanda yang belum berlaku tetapi pasti akan berlaku.

Disenaraikan disini tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah berlaku berserta dengan dalil-dalil yang akan diterjemahkan terus tanpa mendatangkan teks arabnya. Semoga umat islam khususnya diri saya dan para pembaca mengambil ikhtibar dan bertambah keimanan serta amalan, sesungguhnya Allahlah jua pemberi taufik dan petunjuk kepada jalan yang benar.

Tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah berlaku;

RUJUKAN SEBELUM MEMBACA.
Isi yang diwarnakan dengan Warna Merah adalah tanda-tanda yang telah berlaku dan sudah selesai. Manakala isi yang diwarnakan Warna Hijau pula adalah tanda-tanda yang telah berlaku tetapi akan terus berlaku.

1) Perutusan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul.

Daripada Sahal Bin Saad radiyallahu anhu berkata; "Aku lihat Rasulullah berkata sambil mengangkat jari tengah dan telunjuknya; Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua (jari) ini". Soheh Bukhari dan Muslim.

2) Kewafatan Nabi Muhammad.

Daripada Auf bin Malik radiyallahuanhu berkata; "Aku datang kepada Nabi dalam peperangan Tabuk dan baginda berada di dalam satu khemah daripada kulit, lalu Nabi bersabda; "Bilanglah enam perkara di antara tanda-tanda kedatangan kiamat; kematianku, kemudian pembukaan Baitul Maqdis…". Soheh Bukhari.

3) Terbelahnya bulan pada zaman Nabi Muhammad.

Sila lihat tafsir Ibnu Kathir dalam surah al-Qamar ayat 1-2.

4) Pembukaan Baitul Maqdis.

Umar al-khattab telah membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 16 Hijrah. Kemudian pada zaman kerajaan Abbasiah (Ayyubiyyah) pada tahun 583 Hijrah oleh Solahuddin al-Ayyubi.

Hal ini masih berlaku di Israel. Tetapi insyaallah dengan kuasa Allah, Baitul Maqdis akan dibebaskan semula oleh orang islam sehinggalah kayu dan pokok-pokok berkata; "Hai orang islam, dibelakangku ini ada Yahudi, mari sini bunuhlah dia".

5) Munculnya fitnah yang terlalu banyak dengan pelbagai jenis dan bentuk.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda yang bermaksud; "Bersegeralah kamu melakukan amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti dalam satu malam yang sangat pekat, seorang lelaki pada pagi hari adalah mukmin dan apabila petang menjadi kafir. Pada petang hari dia mukmin kemudian esok pagi dia menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan sedikit daripada habuan dunia". Hadis soheh Muslim.

6) Berlakunya peperangan Siffin di antara tentera Ali Dan Muawiyah.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak berlaku kiamat sehinggalah akan berperang 2 kumpulan yang besar, kedua-dua kumpulan mengalami kematian yang banyak, seruan kedua-dua pihak adalah sama". Muttafaq Alaihi.

7) Munculnya golongan khawarij.

Daripada Ibnu Mas'ud bahawa Nabi bersabda bermaksud; "Akan keluar pada akhir zaman satu kaum yang muda-muda, pendek akalnya, membaca al-quran tetapi tidak melepasi tenggorokan mereka, mereka berkata dengan kata-kata Allah, keluar daripada agama ini sepertimana seperti keluarnya anak panah daripada busurnya". Muttafaq Alaihi.

Golongan ini banyak dizaman sekarang. Semoga di kalangan masyarakat Melayu dan Blogger tiada yang bersifat sedemikian. Amin.

8) Keluarnya dajjal-dajjal kecil yang mengaku sebagai Nabi.

Daripada Thauban bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah qabilah-qabilah daripada umatku akan mengikuti kaum musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada dikalangan umatku 30 pendusta, semua mereka mendakwa sebagai Nabi, dan aku adalah penghabisan para Nabi, tiada Nabi selepas aku". Hadis soheh riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Di Malaysia sudah wujud ajaran Kahar beberapa tahun lepas (sekarang sudah bertaubat) dan Ayah Pin kerajaan Langit. Dan juga Sai Baba yang berada di India (pengikutnya dari seluruh dunia. Kalo  tak kenal, tak tahu lah..)

9) Berlakunya pembunuhan yang banyak.

10) Munculnyanya api besar di bumi Hijaz (Madinah).

Nabi bersabda bermaksud; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan keluar api daripada bumi hijaz, ianya dapat menerangi tengkuk-tengkuk unta yang berada di Busro (Syiria)". Soheh Bukhari.

Kejadian ini berlaku di Madinah pada malam Rabu 3 Rabiul akhir tahun 654 Hijrah seperti disebutkan oleh Abu Syamah dan lain-lain kitab Tarikh.

11) Berlaku peperangan dengan golongan Tatar (Monggol).

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu memerangi at-Turk, mata mereka sepet, mukanya kemerah-merahan, hidungnya tidak mancung, seolah-olah muka mereka seperti perisai (lebar mukanya)…..". Soheh Bukhari Dan Muslim. Rujuk kitab (al-Bidayah Wan Nihayah) tahun 656 Hijrah.

Kejadian ini telah berlaku dan akhirnya Zaman Kegemilangan Islam jatuh ke tangan mereka yang Jahil ini. Namun dengan kuasa Allah swt, mereka ini akhirnya memeluk Islam jua. Maha suci Allah, Tuhan sekalian Alam.

Kembalilah Kepada Sunnah Nabi Dan Al Quran

12) Hilangnya sikap amanah daripada hati manusia.

Nabi bersabda; "Jika amanah telah tercicir (hilang) maka tunggulah kedatangan kiamat". Soheh Bukhari.

13) Mengikuti ajaran-ajaran umat dahulu kala.

Daripada Abu Hurairah Nabi bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umatku mengambil daripada apa yang telah diambil oleh kurun sebelum mereka, satu jengkal demi satu jengkal dan satu hasta demi satu hasta", kemudian ditanya; "Ya Rasulullah, seperti Parsi dan Rom?" Nabi menjawap; "Siapa lagi kalau bukan mereka". Soheh Bukhari.

14) Ibu-ibu yang melahirkan tuannya.

Dalam hadis Jibril yang panjang Nabi menyebutkan; "Aku akan beritahu tanda-tandanya (kiamat), jika seorang amah melahirkan tuannya". Soheh muslim. 

Maksudnya ialah, emak yang telah melahirkan telah dilayan dengan teruk oleh anaknya dan dipaksa membuat kerja-kerja berat. Ada je kat Malaysia. Cakerarama di TV3 pon ada dah tunjuk.

15) Berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.

Nabi bersabda; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam, telanjang dan faqir dan pengembali kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi". Soheh Muslim dan sila rujuk syarah.

Dalam satu riwayat; "Dan kamu akan lihat orang yang berkaki ayam (tidak berkasut), lapar dan miskin yang dulu mereka adalah ketua-ketua manusia. Maka yang demikian adalah tanda-tanda kiamat dan syarat-syarat kedatangannya". Kemudian Nabi ditanya; "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang engkau gambarkan itu". Nabi menjawab; "orang-orang Arab". Hadis disohehkan oleh al-Bani.

Di tanah arab sendiri sudah ada bangunan tinggi. Contoh bangunan pencakar langit ;Menara Burj Dubai.

16) Tidak memberi salam kecuali kepada orang yang dikenali sahaja.

Daripada Abil Ja'di berkata, telah bertemu Abdullah seorang lelaki, maka berkata lelaki itu; "Assalamualaik ya Ibnu Mas'ud". Abdullah bin Mas'ud berkata; "Benarlah Allah dan RasulNYA sesungguhnya aku mendengar Rasulullah berkata; "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah, seseorang lelaki melalui satu masjid tetapi tidak melakukan solat 2 rakaat, dan tidak memberi salam kecuali kepada orang-orang yang dikenali sahaja." Riwayat ibnu Khuzaimah dan disohehkan oleh Albani dengan jalan yang lain.

17) Bercambahnya bisnes dan perdagangan.

Nabi bersabda yang bermaksud; "Di antara hampirnya kedatangan kiamat, memberi salam hanya kepada orang tertentu, banyaknya perniagaan sehingga wanita membantu suaminya dalam perniagaan, memutuskan silaturrahim, persaksian dusta, menyembunyikan kebenaran, dan munculnya pena". Riwayat Imam Ahmad dan dihasankan oleh Syuaib Arnaout.

18) Saksi-saksi pendusta.

Betapa ramainya umat islam yang sanggup menjadi saksi-saksi palsu kepada kes-kes mahkamah? Semata-mata kerana wang ringgit ataupun kemasyhuran?

Dalam senario politik Malaysia pon ada perkara ini. Aku tak mahu ulas lebih.

19) Menyembunyikan persaksian yang hak.

Tidak ramai yang sanggup menjadi saksi kepada perkara-perkara yang benar. Samada kerana takutkan ugutan dan ancaman ataupun kerana tidak sanggup berdepan dengan risiko yang difikirkan negetif. Persaksian yang hak juga melibatkan bab-bab keagamaan. Ulama tidak berani menyatakan yang benar. Menyembunyikan fakta dan hakikat dengan alasan mahu menjaga hati majoriti umat islam kononnya.

20) Tersebarnya kejahilan.

Nabi bersabda; "Akan datang kepada manusia satu zaman yang orang tidak tahu apa itu solat, tidak tahu apa itu puasa, dan tidak tahu sedekah". Riwayat Tobrani.

21) Ramainya orang-orang yang bakhil.

Nabi menyebut; "…Masa akan saling hampir, kerja semakin berkurangan, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau, dan banyaknya pembunuhan". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

22) Tersebarnya perkara-perkara keji.

Nabi bersabda; "Demi yang diri Muhammad ditanganNYA, tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terzahirnya perkara keji….."Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak dan disohehkan oleh Albani.

Yang dimaksudkan perkara-perkara keji ialah, kata-kata kesat, lucah dan cercaan dan sebagainya yang memalukan. Maka tidak hairanlah gejala buang anak di Malaysia semakin banyak.


Gambar tahun 2008. Musim Buang Bayi Sudah Lama Bermula. 
Adakah Masyarakat Kita Baru Sedar?

23) Kekayaan hanya berlegar disekeliling orang-orang kaya dan pemimpin sahaja.

Lihat surah al-Hasyar ayat 7. Nabi menyatakan; "Jika harta hanya diambil oleh orang-orang tertentu sahaja…". Hadis riwayat Tirmizi tetapi pada sanadnya terdapat perbahasan.

24) Mempelajari ilmu bukan kerana Allah.

Nabi menyebut; "….dan mempelajari bukan kerana tujuan agama,….."Tirmizi.

25) Para suami lebih mentaati isteri berbanding ibunya sendiri.

Realiti yang berlaku sekarang lebih parah apabila terdapat manusia yang sanggup menderhakai ibu bapa semata-mata ketakutan mereka kepada isteri masing-masing.

26) Orang yang paling jahat dan hina menjadi pemimpin.

Nabi menyebut; "Jika disandarkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya maka nantikanlah kedatangan kiamat". Dalam sunan Tirmizi Nabi menyatakan; "………….dan yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina dikalangan mereka,…."

27) Penghalalan sutera, arak dan muzik-muzik.

Nabi menyebut; "Akan ada dikalangan umatku satu kaum yang menghalalkan hir (kemaluan, iaitu zina), sutera, arak dan muzik".

Menghalalkan zina boleh sahajaa ianya dikaitkan dengan nikah mut'ah, sutera diharamkan kepada golongan lelaki tetapi ianya mula dipakai dan digilai oleh orang-orang lelaki. Arak dan muzik boleh difikirkan dan diketahui sendiri oleh para pembaca.

28) Bercita-cita dan berharap agar cepat dimatikan.

Daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seorang lelaki apabila melalui satu perkuburan lelaki maka dia berkata; "Hai, betapa baiknya sekiranya aku mengambil tempatnya" Muttafaqun Alaihi.

 Perkara yang kadang-kadang kita sebut tanpa kita sedari.

29) Perhiasan-perhiasan melampau di masjid.
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah telah bersabda; "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah manusia berbangga-bangga di masjid-masjid". Riwayat Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang soheh.

30) Bertambahnya kes orang yang mati disambar petir.

Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda; "Bertambah banyak petir ketika hampir kepada hari kiamat sehingga seorang pembesar kaum datang dan berkata; "Siapa yang telah mati disambar petir dikalangan kamu semalam?". Lalu mereka menjawap, Fulan, Fulan dan Fulan telah disambar petir. Hadis riwayat Imam Ahmad akan tetapi pada sanadnya seorang rawi "Dhaif" bernama Muhamad bin Mus'ab.

Artkel Asal Daripada : Yeopmadiny 

p/s : Dah banyak sangat petanda-petanda kat dunia ini. Adakah korang setuju?

55 comments:

  1. marilah kita saling ingat mengingati
    antara 1 sama lain

    ReplyDelete
  2. sama2 mengingati
    hari itu akan tiba jua
    tambahkan lah amal
    masih sedikit ni
    huhuuh

    ReplyDelete
  3. thankz 4 da info..

    ReplyDelete
  4. aku dah taubat ni.
    tapi, rasa macam tak cukup jep... :(

    ReplyDelete
  5. ye..

    mari kita sama2 saling igt mingati..

    ReplyDelete
  6. ya Allah.. takutnye..


    bgus en3 ni.. jom sama2 kita mengigati
    :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas ingatan dan peringatan!

    ReplyDelete
  8. thanks tuk ingatan ni bro...
    klu kita dpt pegi palestin kan best...kan

    ReplyDelete
  9. ~_~ risau2x.....
    takot2x.

    jom sma2 la kita mengiagati antara kita...
    moga2 dirahmati...amin

    ReplyDelete
  10. kalau aku mengingatkan kes buang bayi nih rasanya seperti aku pula yang nak buat undang2 baru... tapi yalah kita org biasa.. sape nak dengar..

    dan lg kes gempa bumi di luar negara.. aku lupa plak dimana.. berlubang tanah diperumahan mereka. lebih 100 orang mati akibat gembpa itu.. bila aku tgk lubang besar tuh dalam naik segala bulu roma aku.. dajal?? Ya Allah...takutnya

    Allah mendengar doa rintihan org2 palestine, iraq dan semua umatnya yang dilanda bala. mungkin inilah satu petanda bahawa kemaarahan Allah sudah kita nampak...

    aku kau dia kita mereka bangkitlah sama2 untuk mendekatkan diri pdnya.. sujudlah dan rukuklah dengan sedekat2nya semasa solat...

    ReplyDelete
  11. peh..same lak entri kita..tapi pengisian sedikit berbeza..
    nice bro..
    :)

    ReplyDelete
  12. sekarang makin dekat dajjal naek...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum buat Zoro, tanda - tanda kecil kiamat yang kadang - kadang kita tahu, tapi masih memmandang dengan sebelah mata

    ReplyDelete
  14. La takhof walaa tahzan.. inna Allaha ma'ana.. kalau kita wat amal btol.. insya-Allah kita akan dirahmati dan terlindung terutama dari fitnah2 dunia..

    ReplyDelete
  15. subhanaALLAH..sesunguhnya iblis berada dimana.membuatkan iman ku tergugat...sangat2 takut

    ReplyDelete
  16. terima kasih sbb mengingatkan...kadang2 kita selalu terlupa...

    ReplyDelete
  17. @ y.a.n.i.e,
    betol.. kita kena memberi peringatan antara satu sama lain...

    @ Lya Colours,
    betol cakap ko tue.. tingkatkan amalan dan amalkan sunnah nabi.. itu sgt penting..

    @ huda rahman,
    u r welcome.. =)

    @ maisyara Pot! Pot!,
    kalo gitu, meh sama2 kita taubat.. aku pon rasa x cukup lagi.. =(

    @ xkenalmakexchenta,
    betol.. =)

    ReplyDelete
  18. @ rhapsody LiN,
    ya betol...

    @ sI tEDI ,
    u r welcome.. n thx to u too.. =)

    @ Mario,
    sama2.. hmm.. kalo diizinkan allah, kita pergi sama2 ek? =)

    @ Colourful life,
    mudah2an.. amin..

    @ Nur,
    hmm.. undang2 apa yg Nur nak buat nanti mengenai kes buang bayi? Aku rasa lagi elok dan afdal kalo kerajaan kita memlaksanakan hukum hudud. perangi zina habis2an. kalo dah x ada zina, pasti tiada kes buang bayi. kan? ='(

    fitnah dajjal.. ianya menakutkan.. mampu memusnahkan keimanan seseorang dgn helah sihirnya. yaallah. begitu takutnya andai kita tertipu.. =(

    marilah semua.. jgn tinggal solat.. cuba dan terus mencuba.. syaitan selalu mengganggu niat suci kita.. tapi jika kecekalan ada, pasti kita akan mampu.. mudah2an kita semua dirahmati allah.. amin..

    ReplyDelete
  19. @ yoy :
    haah lah bro.. tersama pulak.. bukan kita nie ada chemical kot.. sbb tue wat entri yg sama.. x pon sama2 dapat petunjuk dari allah.. =)

    @ Farid,
    betol2.. Sai Baba tue pon dah ramai murtad.. kalo betol2 dajjal? =( takot nya ya allah..

    @ akuvision ,
    betol tue.. contohnya kes penzinaan yg terlampau banyak adalah salah satu tanda akhir zaman. Pernah aku baca dalam sebuah buku / kitab, digambarkan di akhir zaman nanti zina amatlah berluasa.. sehingga jika hendak melakukan zina, hanya tarik mana2 perempuan ditepi jalan dan terus melakukannya.

    Insiden ini bukan berlaku di luar negara saja. Malah ada juga di Malaysia. Terdapat satu video klip yang memaparkan pasangan melayu lakukan zina di tepi jalan sahaja tanpa rasa malu. Hm.. petanda kiamat makin lama makin banyak.. T_T

    @ Cik Guli,
    jgn sedih2.. kalo ko sedih.. aku pon sedih.. hmm.. sama2 saling mngingti k? =)

    ReplyDelete
  20. @ Frantz-Senpai,
    mudah2an kita berjaya amalkan.. amin.. thx for everything..

    @ merahitujambu,
    bukan iman kamu sahaja. iman sesiapa sahaja termasuk aku. T_T banyak sgt dosa aku. sebb tue wat entri nie. semoga kita dapat manfaatnya..

    @ AyuE,
    sama2 AyuE.. benar.. kita MANUSIA mudah terlupa.. bukan saja melayu mudah terlupa.. huhu~

    ReplyDelete
  21. tanda besar pon da banyak da skrg ni
    ;)

    ReplyDelete
  22. thanx zoro sbb share sume nie ;)

    ReplyDelete
  23. taktau yang tnda kecil ade 2 part jgk. huhu...skrg bru tau..thnks 4 d info :)

    ReplyDelete
  24. salam zoro..

    nauzubillah...
    tergamam sis baca entry ini

    sangat2 berinfo....terima kasih sharing yer adik..

    ReplyDelete
  25. tapi makin ramai yang buat dosa~

    ReplyDelete
  26. tq zoro..aku rse diri aku kecik je bila bace n..tp mmg dh byk tnda2 kiamat ni..

    ReplyDelete
  27. sama2 ingt mengingati..
    makin hmpir ke arah itu~ -_-

    ReplyDelete
  28. nauzubillah

    takutnya..

    harap diberi kesempatan olehNya untuk bertaubat

    amin..

    ReplyDelete
  29. Terima kasih kerana mengingatkan...

    ReplyDelete
  30. =)..
    manusia mmg slalu perlu diperingatkan...huhuhu..

    ReplyDelete
  31. tQ roronoa zoro..
    ramai kot orang islam tapi wat bende yang like orang kafir buat..

    -sembahyang 5 waktu..filem lucah tetap x tinggal..
    -tutup aurat bagi perempuan..tapi tunjuk body..
    -lelaki dan perempuan anggap zina perkara biasa..xde dara kira trend r..ade dara ni kolot skit..(lebih kurang camtulah)
    -karaoke no 1..cbe zikir..harem..
    -cakap ngn awek lembut2..tapi cakap ngn family kasar2..maki2..
    -dengar azan tapi xreti sembahyang..
    -berkata jujur sebenarnya penipu paling besar..
    -menolong orang tua2..tapi mintak pengeras..
    -amalkan poligami tapi..juz untuk nafsu jer..
    -hiburan semua orang tahu..ceramah ade orang amik tahu..
    -selebrity orang knal..ustaz yang selalu bagi ceramah tu ade orang knal..
    -salah sikit salahkan tuhan..padahal diri sendiri bodoh..


    banyak lagi..cuma orang tahu or x je..kalau ade akal..mereka sedar..klau akal lembu..sampai kiamatlah bodoh..
    so...ini gunanya untuk orang sedar..segera berubah..n ajak orang lain sama..dowang xnk biarkan..kubo masing2..hahaha

    by de way..tQ..aku mula nk mendalami ilmu agama..coz..kiamat makin hampir..bnyk bukti da nmpak..cepat2la sediakan iman n bekalan yang ckup agar kita x tersesat ke lorong neraka..di sana nanti ade 2 jalan..jalan bengkang bengkok..n jalan highway yang lurus..
    cakap boley la nk ikut jalan baik konon..bile da mati..amalan korang yang tentukan tw x..kaki korang yang jalan..roh korang tgok je..nk mara pun xleh..nk suruh pun xleh..
    so..

    ajar mulut korang bce al-quran..
    ajar kaki korang ke masjid..
    ajar tangan korang berdoa..
    ajar mata korang ,melihat ciptaan tuhan yang baik..bukan gmbr lucah..

    lastly...otomatik korang sendiri yang untung..aku pun xleh tolong bile time hisab nnty..umat muhammad s.a.w. yang akan dihisab dulu..so..xyah lari la..hahaha..

    aku akan selalu ingat post ni..adiozz..

    ReplyDelete
  32. salam..

    sesungguhnya manusia masih tidak mempunyai kesedaran utk perkara sebegini..

    p/s: nasiht utk diri sndri juge..

    ReplyDelete
  33. sesungguhnya insaf tatkala baca entry nie... banyak nye dosa yang telah dibuat.. T_T terima kasih sbb saling ingat mengingati... :)

    ReplyDelete
  34. gwa baru je dengar khutbah jumaat pasal kiamat
    jap g lu highlight lagi

    "bile gwa nak tobat neyh?"

    gyahahahaahahaahaha~ <---siyal gelak...

    ReplyDelete
  35. firdaus khalid...kata2 mu mmg benar semuanya..
    yg zina tu jadi trend mmg dah amalan org kafir..sgt sedih org melayu kita pon ikut sama. dara dah tak penting bagi mereka..ish2..

    karaoke pon jadi benda wajib tiap kalo kluar ngn kawan2..apekah? pmpuan pon nak melalak same. buat malu je..

    aku dgr kat khutbah, katanya kalau nak lihat masa depan islam, lihat lah golongan muda masa sekarang..erm, jawabnye masa depan negara semakin gelap..!! :(

    ReplyDelete
  36. @ meowwmania,
    waalaikummussalam.. sama2.. =)

    @ joegrimjow,
    betol bro.. cuma nak ceritakan yg kita dah melalui kesemuanya tanda2 kecil kiamat.. sesetengah org masih x sedar.. even me.. jadi entri ini dibuat untuk peringatan.. thx joe.. =)

    @ chikako ai,
    sama2.. =)

    @ anish,
    yup.. yang dah berlaku dan selesai, dan yang dah berlaku dan akan terus berlaku.. =)

    @ Siti Ruhayu Ab Rahman,
    sama2 akak.. dah tanggungjawab kita sebagai muslim.. mesti mengingatkan saudara2nya yg lain. semoga kita dapat manfaatnya..

    ReplyDelete
  37. @ azuan,
    umat akhir zaman nnti akan terbahagi 2.. satu yg betol2 beriman dan satu yg terleka dn berbuat dosa.. mudah2an kita semua tergolong dalam yg beriman. amin..

    @ sarah shafie,
    yup.. bukan itu saja. malah tanda2 kecil kesemuanya dah berlaku.. tunggu tanda2 besar je muncul.. =(

    @ SeE-DaH,
    marilah sama2 ingat mengingati.. hmm..

    @ eqacashperlala,
    amin.. mudah2an..

    @ El-Zaffril ,
    u r welcome.. =)

    ReplyDelete
  38. @ Mohd Adziim,
    sama2.. =)

    @ NiNa'
    betul2.. sokong tue..

    @ firdaus khalid,
    thx banyak2 firdaus.. banyak point yang kau beri kat sini mmg sgt tepat dan bermanfaat..

    ajar mulut korang bce al-quran..
    ajar kaki korang ke masjid..
    ajar tangan korang berdoa..
    ajar mata korang ,melihat ciptaan tuhan yang baik..bukan gmbr lucah..


    aku akan pegang kata2 kau yang ini. sesungguhnya kita sgt2 lemah.. tapi dalam hati kita ada kekuatan yg allah dah beri untuk melawan nafsu.. hanya kita yg tentukan samada ikut atau lawan..

    thx banyak2 sbb mengingati aku.. mmg benar apa yg kau cakap.. =)

    ReplyDelete
  39. @ tot tot kecik,
    betul.. jadi sama2lah kita mengingati k? =)

    @ sD..(;,
    sama2.. =)

    @ helioz,
    gyahahaha.. << ops.. tertiru gaya kau gelak.. =P

    ReplyDelete
  40. buat gua terfikir pasal golongan banyak ilmu yang terlalu liberal. bila senang nanti gua nak up satu entri pasal ni. thanks for the info.

    ReplyDelete
  41. petanda dah banyak muncul..
    hati masih berbolak balik lagi..

    ReplyDelete
  42. smlm da bce ta kumen..
    dtg na btw da bce..hee

    ReplyDelete
  43. salam ziarah, zoro.
    dah baca semua ada rasa ambil berat tentang diri sendiri, dan agama.

    anak sekarang banyak yang kasar dengan ibunya.

    ReplyDelete
  44. insaf...........................!

    ReplyDelete
  45. Benda nie macam

    Kita : Dah insaf ..... nak mula hidup baru

    beberapa minit kemudian

    Member :Weh , aku ada gambar Nami tak pakai baju .

    Kita: Nak tengok ! Nak tengok ! (dah lupa niat untuk insaf)

    Kita tu orang lain , aku tak ..aku baik .

    ReplyDelete
  46. @ J. Love,
    u r welcome J. Love.. =)

    @ salju,
    petanda kecil semua dah muncul.. tinggal yg besar je lagi.. =(

    @ maCy,
    yeker? ehehehe.. (sebenarnya aku xpaham.. =P)

    @ BalqisShafiqa,
    wsalam.. =) hmm.. betul tue..tapi kalo ada yg nmpak didepan mata.. kita kena tegur perkara tue.. kalo x, kita sama2 tggung dosa.. huhu~

    @ honey amour,
    insaf3.. !

    @ touyakaruma,
    itulah tandanya MANUSIA MUDAH LUPA dan sering tewas kepada hawa nafsu.. jadi sama2 lah kita sering ingatkan kawan2 kita yg kadang2 terhanyut.. x dinafikan kadang2 kita sendiri pon hanyut, tapi bila kawan tegur kembali.. pasti akan dapat keinsafan dan kembali bertaubat.. sesungguhnya Allah Itu Maha Pengampun dan mnerima taubat hambanya...

    ReplyDelete
  47. Tq sebab kongsi ..
    Kadang-kadang kita lupa dan buat-buat lupa tentng hari kiamat ni

    ReplyDelete
  48. terima kasih kerana mengingatkan..banyak yang perlu dibelajar nampaknya.

    ReplyDelete
  49. @ fadhlihamdan,
    sama2.. betul kata kau.. =)

    ReplyDelete
  50. kena perbaiki diri, mengingatkan sesama umat.

    ada terbca dekat

    http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/PETAKA-AKHIR-ZAMAN-TANDA-TANDANYA-SEMAKIN-NYATA-/115130398521657

    pasal tanda2 jugak. wallahualam :)

    ReplyDelete
  51. @ Hazirah al-Barakbah,
    thx atas link... =)

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.