Friday, May 28, 2010

Sesungguhnya Aku Sayangkan Agama Aku

Sesungguhnya Aku Sayangkan Agama Aku. Credit iluvislam.com

Petang tadi aku google mengenai penghinaan si kafir terhadap Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad. Terdapat beribu-ribu penghinaan yang dilemparkan kepada Penyelamat kita ini. Hati aku hancur dan remuk. Mengalir airmata membaca setiap apa yang dilemparkan. Aku akui memang bukan perkara ini baru sahaja berlaku. Malah perkara ini sudah berlaku semenjak Nabi masih hidup lagi.

Tahukah korang di Malaysia juga pernah terjadi perkara ini?? Ya ! Aku ulangi di MALAYSIA !!

Thursday, May 27, 2010

[R]oronoa Zoro Dan Teka-Teki Nya

Wanted Sebab Banyak TAG.

Entri kali ini aku buat untuk membayar hutang. Bukan hutang budi tergadai body, tapi hutang TAG tergadai... erk! Hutang TAG terpaksa mengeTAG. Korang jangan pikir bukan-bukan pula. Memang itu yang aku nak cakap. Hehe..

TAG kali ini datang dari . Sesedap namanya, semanis rupanya. Hehe. OK sebelum aku melencong ke tempat lain, baik aku kembali ke pangkal jalan. Sila baca dibawah untuk mengetahui sedikit maklumat pasal TAG ini.

Wednesday, May 26, 2010

Haiwan Juga Suka Menyibuk

(ini hanya gambar hiasan. Takde kena ngena dengan seluruh entri ini.)

Seringkali manusia dikaitkan dengan sikap penyibuknya suka melompat atau mencelah ketika orang lain sibuk bergambar. Tak kiralah samada niat "mengkianati" (suka-suka) atau memang sengaja berlakon. Tapi tahu kah korang bahawa haiwan juga suka menyibuk ketika orang lain bergambar? Percaya atau tidak, kita tengok kat bawah nie.

Tuesday, May 25, 2010

Luahan Hati Aku Sebagai Seorang Blogger.

Gambar Dalam Entri Pertama

Sabtu, 8 hb Mei 2010. Itulah tarikh entri pertama aku telah tercipta. Masa tue aku naif lagi bab-bab blogging nie. Walaupon dah banyak kali buat blog, tapi kesemuanya gagal dan gagal. Berbekalkan ilmu yang aku sempat tuntut dari pengalaman lepas, akhirnya aku berjaya melahirkan entri pertama aku di blog ini iaitu Cara Membuat Favicon Kita Sendiri.

Hari demi hari, aku mula aktif berblogging. Kalau nak ikutkan kecewa lah juga sebab tak ade sape nak komen pon. Haha. Masa tue tak ada follower lagi. Memang sedih lah. Tapi lantaklah, asalkan aku suka. Tapi rasa tak best, jadi aku selalu gi komen blog-blog orang. Seronok baca entri orang lagi dari entri sendiri. Ilmu, gossip, cerita lawak dan macam-macam cerita orang mengenai pengalaman yang diorang lalui. Seronok sangat baca.

Monday, May 24, 2010

Akhirnya Manis Itu Ku Rasa Jua !

 Wohoo!! Yessa !!

Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku semester lepas. Memandangkankan ada blogger yang sebagai pelajar sekarang sedang menjalani latihan industri atau pratical, jadi aku tergerak hati nak ceritakan pengalaman pahit aku semasa semester lepas.

Tapi aku nak cerita siap-siaplah. Entri kali nie tersangat panjang. Macam mini novel pon ada. Haha. tapi kalau tak larat baca, tiada paksaan untuk membaca. Hehe. Apa-apa hal pon, kalo berminat baca jer sampai habis. Hehe.

Saturday, May 22, 2010

Award dan Tag : Aku Bagi Kedua-duanya !


Pengumuman, ini adalah entri TAG. Ya sekali entri TAG buat tatapan pembaca BlogZoro nie. Aku harap korang semua tak bosan bila membaca TAG ini sebab ada banyak hikmahnya. Selain dapat mengenali diriku ini, secara tak langsung, aku juga dapat memperkenalkan blog korang kepada pembaca BlogZoro yang lain. Jadi sapa yang sukarela nak kena TAG, sila angkat tangan. Hehe..

Sebenarnya ini adalah hutang TAG dari iniAKU. Sepatutnya aku dah selesaikan 2 hari lepas, tapi tak apa kot. Aku tahu pemberi TAG ini adalah sporting dan juga baik hati. Jom kita tengok apa kandungan TAG ini.

Uji Kepantasan Jari Korang


Menaip dengan pantas mungkin adalah kebanggaan korang. Korang rasa korang adalah yang juara antara kawan-kawan korang, adik beradik mahupon antara manusia-manusia diluar sana. Diorang taip guna 2 jari korang pakai 3 jari. Nak lagi dasyat, 4 jari pon boleh. Tapi dapat ukur ke setakat mana kepantasan jari korang?

Friday, May 21, 2010

23 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Tahu

 
Untuk makluman, ini adalah entri TAG. Ya, aku ulangi ini adalah entri TAG. Mungkin bagi sesetengah orang ini adalah entri bosan. Tapi bagi aku ini adalah keperluan memandangkan aku adalah newbie dalam dunia blog. Kalo tak ikut cakap senior-senior, kang kena cepuk pulak. Hehehe..

Sebelum aku terlupa, aku kena bagitau dulu kat korang siapa gerangan yang TAG aku nie. Isk3.. Suka sangat TAG orang yer Cik

Tugasan TAG : 23 Perkara Yang Mungkin Korang Tak Tahu Mengenai Aku.
(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah samada ianya fakta, angan-angan, cita-cita atau imaginasi korang )
(b) Sampaikan TAG ini kepada sekurangnya 5 orang rakan blog korang.
(c) Sila ikut peraturan ! Kalo tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni beb ! :P

Eh! Banyak membebel pulak. Jom kita terjah info mengenai aku. Hehe

Thursday, May 20, 2010

Kisah Kucing Yang Tak Bersalah (Lawak Kucing)

Kita selalu dengar jika kucing berhadapan dengan haiwan yang lebih kecil seperti cicak, anak ayam dan burung, pasti akan diterkam olehnya. Tahukah korang bahawa kucing juga kadang-kadang sering menjadi mangsa kepada haiwan yang lebih kecil daripadanya? Kalo tak percaya cuba tengok dibawah nie.

Berikut adalah penceritaan semula secara flashback oleh seekor kucing tentang bagaimana dia telah diperangkap oleh seekor burung yang baru dibeli oleh tuannya.

Page Facebook Menghina Nabi Muhammad

Assalamualaikum wbt..

Sila Beri Perhatian Sepenuhnya

Aku dapat berita nie dari Asyraf Hamasaki bahawa satu page dalam Facebook telah menjadikan hari ini (25hb Mei 2010 ) adalah hari melukis Nabi Muhammad SAW. Subhanallah. Marilah kita sama-sama sign Petition nie bagi membantah group ini. Tunjukkan tanda bantahan atau protes korang dengan deactive Facebook pada hari nie. (Aku rasa masih tak terlewat)

Monday, May 17, 2010

Episod Akhir Siri Doraemon - Part Akhir

Seperti yang aku janjikan kat korang, pagi nie aku akan uploadkan bahagian selebihnya komik yang dialihkan bahasa semalam. Aku sedar tak ramai yang amik kisah pasal nie pon, maklumlah kebanyakkan pembaca-pembaca BlogZoro bukanlah terdiri dari awal 20an lagi. Ada yang dah ada keluarga lagi. Memang tak syesyuai lah ! :P

Tapi macamna pon, masih terdapat permintaan. Jadi kalo aku tak upload yang selebihnya, ada jugak yang komplen. Mahu tak mahu, aku upload jugak. Hehehe..

Bagi sesiapa yang belom baca lagi part 1, sila klik bawah nie untuk baca.
Komik Episod Akhir Siri Doraemon Part 1

Komik yang bawah nie pulak adalah sambungan dan bahagian terakhir bagi episod Doraemon nie.
Enjoy reading !

Episod Akhir Siri Doraemon - Part 1


Doraemon. Siapa yang tak kenal anime ini yang sejak dari kecil lagi ditayangkan di kaca televisyen Malaysia ini. Kalo dulu ditayangkan di TV1 pada pukul 7 malam hari Jumaat, sekarang ditayangkan di NTV7 pada pukul 7.30 malam hari Sabtu. (kalau tak silap la...).

Aku tak menafikan yang aku dari kecil lagi tengok Doraemon sampailah sekolah menengah. Bukan apa, seronok sangat jalan cerita dia. Ada-ada saja alat yang dibawa keluar oleh Doraemon. Yang peliknya tak habis-habis pulak. Isk3..

Bagi korang yang minat cerita Doraemon nie, korang tahu tak apa kesudahan cerita Doraemon nie?

Saturday, May 15, 2010

Kucing Cuba Membunuh Korang




Percaya atau tidak sebenarnya kucing yang korang bela ada niat untuk membunuh korang. Ia cuba sedaya upaya menyamar dengan membuat muka cute dan comel semata-mata bagi mengaburi mata korang. Kalo tak percaya cuba tengok dibawah nie. Ada tak persamaan ciri-ciri kucing korang dengan yang disenaraikan.

Friday, May 14, 2010

Bila Jiwa Tak Tentu, Fikiran Mula Terganggu

Hari nie dah 14 haribulan, bermakna dah 2 hari aku mendiamkan diri didalam blog nie.  Bukan apa, sebenarnya banyak perkara yang membuatkan aku kusut. Ntah la. Aku sendiri pon tak tahu apa puncanya menda nie terjadi.

Bagi seorang yang sentiasa percayakan gerak hatinya (contohnya aku), hati yang tak tenang bermaksud sesuatu bakal yang besar akan berlaku samada ianya sesuatu yang dijangka atau tak dijangka. Bukan nak kata 100% gerak hati aku tepat, tetapi itulah yang selalu terjadi. Apa-apa hal pon, aku harap ianya yang sesuatu yang baik saja. (very hope so.. plz plz plz.... )

Tuesday, May 11, 2010

Guna SMS Percuma secara Online di for-ever.us !!

SELAMAT HARI JADI NURUL FAIZAN !!

Hari nie iaitu 11 May merupakan ulang tahun kelahiran kakak aku, jadi secara tak langsung, entri ini berkongsi mengenai kakak aku bersama SMS online percuma itu. Hehe.. Rilex, akan aku ceritakan kat korang jugak lepas nie. Tunggu yer.. :)

Baiklah! Ucapan teristimewa sempena ulang tahun kakak sulung yang tersayang, Nurul Faizan Bte Ahmad Asri. Semalam hari ibu, hari nie hari jadimu pula. Tak lama lagi hari guru pula. Nasib baik kamu bukan cikgu, kalo tak bertambah-tambah pulak ucapan aku kena bagi. Hehe..

Opp!! Usah bertanya mengenai hadiah. Hadiah aku tak dapat bagi, mungkin tahun depan setelah aku bekerja nanti, aku akan hadiahkan sesuatu. hadiah adalah rahsia. (sebab tak plan lagi nak bagi apa..)

Ok! Berbalik kepada SMS percuma secara online, aku akan ceritakan sedikit mengenainya.

Monday, May 10, 2010

Aku Suka Namun Aku Pening

Korang tahu blogwalking? Aku pasti korang tahu sebab dengan blogwalking  kita dapat mencari maklumat-maklumat baru dari blogger yang kita tak pernah jumpa lagi. Almaklumlah, setiap blogger adalah unik dan ada gaya tersendiri. Tahniah kepada korang sendiri kerana menjadi blogger yang unik. Hehe..

Dari blogwalking, aku dapat mencari blogger-blogger yang berkualiti dan membaca apa yang diorang kongsikan dan termasuklah korang yang aku follow sekali. Tetapi semasa proses menjejaki blog korang, tak ketinggalan juga beberapa blog yang agak kurang selesa. (Bagi aku je.. Korang tak kot)

Disebabkan aku sentiasa merasakan bahawa "Sharing is Caring" didalam dunia blog nie, aku membuat keputusan untuk sharing dengan korang tentang apa yang aku caring pasal blog korang.

Sunday, May 9, 2010

Buatmu Ibu - Selamat Hari Ibu, Mama !!


Hari nie hari ibu. Mungkin ada yang tak tahu. Sebenarnya hari ibu bukanlah disambut pada 14 May, tetapi pada minggu kedua pada bulan Mei. Bagi pandangan islam pula, setiap hari adalah hari ibu. Kerna kita perlu melayan ibu kita dengan sebaik-baiknya.

Bagi aku,

Saturday, May 8, 2010

Cara Membuat Favicon Kita Sendiri


Korang tahu apa tue Favicon?

Favicon adalah satu logo atau lambang yang muncul pada sebelah address browser kita. Kebiasaannya kita dapat lihat Favicon dengan jelas apabila menggunakan mana-mana version Mozilla Firefox. ( broswer lain aku tak pasti sgt). Sebagai contoh website httpp://www.blogger.com/ ., Korang boleh nampak Favicon dia seperti icon yang di atas tue.

Sebenarnya kita sebagai pengguna blogspot pun mampu mengubah icon tersebut. Caranya mudah saja. Hanya beberapa langkah.


Caranya :