Friday, June 11, 2010

Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi


Assalamualaikum..
Sekadar sedikit ilmu yang hendak dikongsi bersama. Seperti yang kita tahu, memotong kuku adalah sunnah nabi. Dan sesiapa yang memotong kuku pada hari-hari tertentu akan memperoleh khasiat dan pahala terutamanya pada hari jumaat. Tetapi bagaimanakah cara memotong kuku yang betul mengikut sunnah nabi?

Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul

Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku

Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Sekian saja entri kali ini. Sekadar untuk berkongsi bersama. Manalah tahu ada yang terlupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sebenarnya aku sendiri sudah lupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sesuka hati je potong sebelum nie. Baru hari ini tergerak kembali nak potong kembali dengan cara yang betul.

Tapi kalo nak diikutkan, nak potong cara biasa pon boleh sebenarnya. Cuma rugilah sebab tak dapat pahala. Jadi alang-alang potong, biarlah dapat bonus sekali. Hehe..

OKlah. Semoga kita semua dapat manfaat daripada entri ini. Segala yang buruk datang dari aku. Segala yang baik dari Allah S.W.T. Amin.


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: "Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat."



47 comments:

  1. yep, sy sllu memotong kuku mengikut sunnah Nabi :)

    ReplyDelete
  2. huhu aku selalu ikut suka je nk potong hari apa
    huhuhu naif sungguh !!

    thanx zoro entry ini

    ReplyDelete
  3. terima kaseh ya sheikh
    nama ana al fadhil al ustaz al deus, singgah di blog sheikh sebelum nak berangkat ke afrika selatan....

    awwww

    ReplyDelete
  4. hmm. tu ar~ ct pon xikut cara diatas! hohoho.. bygkan dgn memotong kuku ikut sunnah nabi pon dah dpt pahala.. senang je kan..! hehe,kena wat lah~
    pasal hari tu baru tau hari ni.. tau jumaat hari plg sesuai.. tp xtau function pa.. hehehe... tq zoro!! lurve u!

    ReplyDelete
  5. mmg selalu ikut pn turutan potong kuku tu.. tapi y hari tu.. kekadang x ikut.. adei...

    ReplyDelete
  6. mekasih roro..kadg2 tak ikot..tak tahan tgok kuku panjang sangt..tapi tak pe, akan mencuba...:)

    ReplyDelete
  7. salam..

    haa ni la tot cari..

    tot da lpe..

    thanx a lot dpt sggh sini n bca sal mende ni.. :)

    ReplyDelete
  8. Wah... thanks... saling mengingati... tahu... tapi tak amal... camne

    ReplyDelete
  9. dulu ada member ajar macam mana nak potong kuku ikut sunnah, tapi dah lupa. tima kasih sebab berkongsi

    ReplyDelete
  10. thx kongsi.
    slalu potong kuku, ikut suka. & ramai ckp potong hr jumaat ikut sunnah.
    hmm.. wktu yg sesuai bila? pagi/petang/malam?

    ReplyDelete
  11. teringat zaman sekolah...aku tak potong kuku...dah nak masuk jumaat kedua dah...

    then my teacher asked me..."dah berapa lama tak potong".."2 minggu"..."apesal biar?"

    dengan selamba aku menjawab "nanti leh dapat double pahala potong kuku" sengal lutut jer aku time tue...


    jom komen:
    Masjid Jamek & Si Budak Setan

    ReplyDelete
  12. jazzakullah khairan... selalu maen redah je nak potong2 kuku neyh

    ReplyDelete
  13. sy x dpt tgal jejak kat shoutbox sb dy terlalu rendah sb sy guna notebook sje... kasihanilah pengguna notebook yang kecil... huhu... tolonglah tukar itu punye nama dan kumen di bahagian atas... cadangan sje, tak tukaq pon xpe... terimakisah

    ReplyDelete
  14. info yg menarik! selalu potong hari jumaat je. taktahu susunan2 potong mana dulu.

    ReplyDelete
  15. HUHUHUHUHUU
    ada urutan gak ke?
    x tau dowh ~~
    n wa tau ari jumaat jer baik
    hari lain wa x tau.
    thanks zoro. lu mmg zoro!


    wooohaaaa!



    >>____<<

    ReplyDelete
  16. New comer here tanpa diundang , hehe...Dy pun selalu ikut jugak...

    ReplyDelete
  17. haa, nasib baek betul. sbeba hari tu pernah berdeat psl ni. thankss ;)

    ReplyDelete
  18. aha kwn saya ada gitau cara ptg kuku ikot sunnah...thnx ya berkongsi :)

    ReplyDelete
  19. tq for the info zoro..
    tu la kdg2 tu..
    main ikut dan jar nampak pengepit kuku tu,.

    ReplyDelete
  20. wah!! Thanks for the info. akan cuba aku amalkan. :)

    ReplyDelete
  21. @ Cik Kyla,
    yer ker? tahniah3.. hehe

    @ AiDa AzRyN,
    kenapa adei?? huhu~

    @ Farid MOFASAD,
    u r welcome Farid.. =)

    @ Lya Colours,
    u r welcome.. =)

    @ deus X machina,
    insyaallah.. hati2 ke afrika.. mudah2an selamat pergi dan kembali.. amin.. =)

    ReplyDelete
  22. @ Siti Fatimah Nabihah,
    u r welcome.. hehe.. kadang2 menda nie kita terlepas pandang.. hehe..

    @ Amri Bahruji matPuisi,
    haha.. biasalah tue.. aku pon x ikut juga sebelom nie.. tapi skg kita dah tahu kan? kenalah buat utk dapatkan pahala.. =)

    @ merahitujambu,
    u r welcome merah.. (^_^)

    @ 'AQILAH,
    u r welcome.. jom kita cuba.. =D

    @ tot tot kecik,
    ye ker? bangga lak sebb dapat berbakti.. hehe.. welcome.. =)

    ReplyDelete
  23. @ honey amour,
    wokey3.. baik puan.. !! hehe..

    @ El-Zaffril,
    kalo x amal rugi lah.. sebb sunnah nabi.. senang je tue.. hehehe.. cubalah try ok? =)

    @ akuvision,
    sama2 bro.. hehe..

    @ Athra,
    sebelum masuk waktu zohor (azan jumaat)..

    @ Sir Marcello,
    hahaha.. sengal gila jawapan itu.. tapi kelakar.. terbaek lah.. !! haha..

    ReplyDelete
  24. @ Loyar Lawa,
    hehe.. sebb tue entri ini dibuat untuk berkongsi bersama.. =)

    notebook ke netbook? huhu... kesiannya.. hmm.. camna ek? kalo kat atas x style la.. =(

    @ Hazirah al-Barakbah,
    thx.. dulu x tahu.. skg sudah tahu kan? hehe..

    @ Frodo Baggins,
    wohoo !! thx u.. hehehe.. =)

    @ Nunady,
    yeker? alhamdullilah.. =)

    @ zida,
    yer ker? hehe.. sebbek tol.. =)

    ReplyDelete
  25. @ Cik Guli,
    bagus.. pandai Cik Guli nie.. hehe.. =)

    @ amirah,
    u r welcome amirah.. =)

    @ LaNuNsepet,
    u r welcome.. hehehe.. biasalah tue. kdg2 aku pon gitu.. haha

    @ WZulhilmi,
    bukan kau sorang jer.. aku pon nak cuba amalkan.. hehehe.. =)

    ReplyDelete
  26. mkn nasik ngn kuku pnjang best wooo~....erkkk.....hak3...

    ReplyDelete
  27. sy mmg dari kecik dah dibesarkan
    dgn nasihat potong kuku ikut hari sunat ni
    dah mmg normally hari jumaat je potong
    sbb dah biasa, kalau potong kuku
    hari lain jadi cam tak best

    anyhow, nice sharing~

    ReplyDelete
  28. pasal hari baik & tak baik potong kuku tu
    x da sumber shahih
    dari al-Quran mahupun sunnah
    yg shahih hari Jumaat sunat potong kuku

    ReplyDelete
  29. pnah tlis psal entry nieyh kat blog ak jgk!

    ReplyDelete
  30. Zoro...akak memang ikut sunnah tu...yang baik itu kita kongsi bersama...

    ReplyDelete
  31. boleh bg berserta dalil x cra pemotongan kuku mengikut jari ni, ana pernah terbaca, tapi x prnh pulak terjumpak dalilnya, klu pihak tuan ada, boleh la kemukakan ye,,syukran..

    ReplyDelete
  32. Salam bro.
    Sori ckp sikit ek, aku rasa tak pernah wujud hadis2 tentang hari yg di HARAMkan potong kuku tu.

    Cuba ko try tanya2 ustaz.
    Sori bro, tips bagus, cuma sbb tu hadis kan.. Aku pun tak sure lah, setau aku takde hadis tuu..

    ReplyDelete
  33. @ rAy jR...@...Aliff,
    erkk!!! haha.. pernah baca, dalam kuku yg panjang tue ada mcm2 penyakit.. kalo memasak guna kuku panjang.. matila kita.. lol =P

    @ intan izani,
    ye ker? baguslah.. hehehe.. thx u.. =)

    @ Wan Perlis,
    yang ini mmg xada pon.. selain daripada aku pernah baca dalam internet, arwah ayah aku pon dah penah pesan.. menda ni ada dalam kitab2 lama.. mungkin hadis kot.. kalo nak kepastian, kena check balik dgn ustaz.. =)

    @ Jantan Keparat,
    yer ker? hehe... xpe2.. baca lagi.. =P

    @ cik selamah kundang,
    u r welcome.. =D

    ReplyDelete
  34. @ Kak Anie,
    betol2... hehe =)

    @ ibnuDDin,
    ada je kat atas.. nie kes tak baca habis atau xpaham segala isi entri lah nie.. hehe.. sila baca ek? kalo still x faham, boleh tanya lagi.. =)

    Dari Anas bin Malik bermaksud:
    Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
    (Riwayat Muslim).

    Menurut Imam Shafie:
    Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

    Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
    Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
    (Riwayat Ahmad).

    Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
    Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
    (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).


    @ Affan Ruslan,
    mmg x ada hadis yg HARAM kan... menda tue adalah maksud pada hari2 tertentu.. kita still boleh potong kuku pada hari mana2 kita suka.. cuma yg seperti dinyatakan, lebih AFDAL potong kuku dapa hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT sebab dapat kebaikan.=)

    mudah2an kita dapat manfaat dari entri ini. Segala yg baik adalah dari Allah, tak buruk dari saya. =)

    ReplyDelete
  35. woah..thanks for da info bro..hari jumaat sunat memotong kuku..tapi pada masa yg sama potong kuku ikut cara Rasulullah pon dapat pahala..woah, potong kuku je pon berganda pahala bleh dpt. hehe..

    aku ada observe psl pemanjangan kuku..kuku tangan lagi cepat pnjang berbanding kuku kaki. pastu kadar pemanjangan kuku tangan plak tak sama dgn kadar pengambilan makanan kita. tu drpd self-observation aku la. tak tau sejauh mane btolnye. hehe..

    ReplyDelete
  36. oh, nampaknyasy potong kuku tak ikut susunan nombor
    heheheee
    suka potong kuku hari Jumaat =)

    ReplyDelete
  37. @ NiZaM Limited,
    hehe.. banyak pahala kan? =) kalo yg bab kuku tgn n kaki tue.. aku yakin kaki mmg lambat.. hohoho.. tapi bab kadar oemanjangan, aku x pasti lak.. anyway, thx for sharing here.. hehe.. =)

    @ Si Kenit,
    xpe.. xsalah.. cuma rugi jer.. hehe.. =)

    ReplyDelete
  38. bagus2..terima kasih atas ilmu ini :) gua dah hafal dan akan gua praktikkan

    ReplyDelete
  39. @ Linglung,
    u r welcome.. thx for reading too.. hehe.. =)

    ReplyDelete
  40. Hadis palsu mengenai kelebihan memotong kuku

    ReplyDelete
  41. Ya benar..itu adalah hadis palsu..sila abaikan ya

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.