Monday, June 7, 2010

Meruntuhkan Keegoan.


Astaghfirullahalazim.. Allahuakbar.. Yang yang terlintas dalam kepala aku bila membaca satu ruangan dalam majalah SOLUSI milik sahabat aku. Memang aku terkena sangat-sangat bila membacanya lebih-lebih lagi bila ianya bagaikan ditujukan kepada aku dengan tepatnya. Bila dibaca berulang-ulang dan berfikir panjang. Aku menjadi malu kerana perangaiku baru-baru ini agak mengecewakan.

Ya Allah, ampunilah dosaku. Kepada sahabat-sahabat blogger yang pernah terkena teguran pedas aku, aku minta maaf sangat-sangat atas keegoan aku. Perasan bagus dan baru-baru ini asyik hentam orang. Apa yang cuba aku lakukan adalah menegur, tapi kutukan pula yang diberi. Dalam hati berniat suci, tapi bila disampaikan jadi sangat keji.

Aku mintak maaf sebab "menyibuk hal-hal korang". Yelah, lepas nie kalo korang rasa benda-benda yang korang tegakkan betul, buatlah. Niat sebenar aku hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai sesama muslim. Tapi bila belek diri sendiri yang masih jahil, aku pon jadi segan. Nak menegur tapi tak kena gaya. Well, aku akan jadikan ini semangat untuk lebih menuntut ilmu agama. Mudah-mudahan. =)

OKlah, cukuplah setakat ini hari nie. Haha. Apa-apa hal pon, aku nak kongsikan ruangan majalah SOLUSI yang telah membuat aku berfikir panjang. Pada pandangan aku, buku nie agak sesuai dengan jiwa raga aku yang nak mengenali islam lebih banyak. Banyak penyelesaian mengenai hukum dalam islam, istilah dan lagi-lagi perkara menarik didalam majalah SOLUSI ini. Jadi senang kata, aku amatkan rekomen korang baca sekalilah. Moga-moga kita semua dapat manfaatnya. Terima kasih dekat Firdaus Khalid dengan Azri Omar sebab bagi pinjam majalah diorang. =)

BILA HATI ORANG LAIN DISAKITI

Seorang wartawan begitu gembira kerana tulisannya tersiar di dada akhbar utama. Ulasannya mengenai sebuah majlis besar disifatkan sebagai tulisan yang paling lengkap, menyeluruh dan menyentuh perasaan.

Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.

"Ayah dah baca tulisan saya?" tanyanya dengan riang.

"Sudah," jawab ayahnya.

"Saya membuat masa yang lama untuk pemerhatian yang tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan. Daripada sistem pencahayaan lampu,  audio visual hinggalah kepada pakaian pengacara dan menu hidangan utama.," ujar wartawan itu dengan bangga. Dia sangat berpuas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.

Ayah diam sahaja. Selalunya si ayah banyak memberi kata-kata dorongan kepadanya.

"Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yang baik?" katanya secara bergurau.

Ayah tetap diam.

Melihat itu, dia tidak berpuas hati. Tentu ada sesuatu. "Ayah kritiklah tulisan saya!" desaknya.

"Satu sahaja kritikkan daripada ayah.." akhirnya ayahnya bersuara.

"Apa itu ayah?"

"Satu tulisan yang baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!"

Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yang terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa sedar, dia telah menyakiti ramai orang.

"Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yang baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dalam proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai orang!"

Wartawan itu terdiam. Diam yang panjang. Kali ini kritik ayahnya lain daripada yang lain. Pendek tapi sangat mendidik!

Pengajarannya : Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yang paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yang selamatkan Muslim lain dengan kata-kata dan perbuatannya.

Sumber : Majalah SOLUSI
Isu No 20
Mukasurat 108


p/s : Aku masih cuba jadi insan yang baik. Andai kata aku telah menegur atau berbuat sesuatu dengan cara yang salah. Tolonglah sangat-sangat menegur aku. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaatnya. Thank kepada sesiapa yang telah menegur aku secara langsung mahupon tidak langsung. =)

47 comments:

  1. insyaAllah..aku pun akan berubah.terasa jugak..terima kasih bro..huhu

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus zoro.. Heehee.. Moga jadi panduan..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. :)
    well,manusia memang perlukan teguran kan. we, people-muslim need each other. coz kite kdng2 tak leh lari daripd sikap alpa.

    nice entry. tq.

    ReplyDelete
  4. aku pun terbaca jugak..tapi x sangka plak ko nk curik entry SOLUSI..
    ape2 pun..tQ..
    esok aku muhasabah diri yerp..
    hahaha..ok2..serius2..aku terasa gak..
    tapi sebagai ayah lew..bukan anak si wartawan tu..

    anaknya awal2 lagi dah berlagak sombong..

    "Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yang baik?"

    tulisan yang baik??hahaha..nk menunjuk pun ade tempatnye..

    ok..aku berharap blogger seperti aku ini x akan menjadi seperti wartawan terbabit..aminn..

    p/s: kantoi r zoro gtau aku baca SOLUSI..tapi pengisian buku tu bgus..try lah!heehhe..

    ReplyDelete
  5. zoro...ailebiu..macam tu la cayang ai..jangan gadoh-gadoh k..

    macam geli la pulak panggil cayang...=p

    tapi memang sentap la baca cita wartawan tu...=)

    ReplyDelete
  6. salam..
    ego tu mmg patut sebenarnye. tetapi ego kecil sahaje.. terutamanya kalu nak pertahankan hak kite. jike kite benar2 tahu bahawa kite berada d tempat y betul dan ape y kite buat betul, tak salah utk pertahankan ego kite tu..

    tpi dlm kes ni, ego seorang penulis tu sebenarnye xde la besar sgt... die just menulis ape y d perhatikan.. tak salah kalu nak beri pandangan.. tpi akan salah kalu sampai nak condemn org len..

    tpi kire ok what die suruh ayah die kritik. tu maksudnye, die ade gak rase rendah diri akan kehebatan ayah die kritik.. ;)

    ReplyDelete
  7. errr sentap gak bila baca... heheh...

    nice entry and thanks for sharing...

    ReplyDelete
  8. salam salam

    apa salahnya tegur menegur..
    kalau perkara yang baik harus kita tegur
    jangan menegur bila dah jadi bubur

    hati yang sakit ada obatnya
    hati yang terusik cuba di pujuk
    kalau teguran tidak diterima
    berdiam diri lebih elok

    pantun sajak termenung sejenak
    aaa ehhh... pajang le plak..

    gurau.. aku selalu terima teguran org
    utk aku jugak...

    ReplyDelete
  9. huhu.. terasa juga~ huhu.. kdg2 kita xsedar kita menyinggung perasaan ramai pihak.. kita hanya penting diri kita sndri.. hoho~
    erm.. ct pon tgh mencuba berubah.. skang ni tgh belajar mengawal kemarahan(cepat marah) huhu.. sama2 kita usaha erk zoro!!

    ReplyDelete
  10. Tak apa... adakala teguran itu ke arah yang lebih baik kan... rileks la

    ReplyDelete
  11. lisa nk mintak maaf jugak kt rakan2 blogger, ne tau de pernah ckp something yg mengecilkan ati dorg..
    mintak maap yek zoro yg macho ;)

    ReplyDelete
  12. Moga dpt pengajaran dan sama2 yang bace post ko dpt berubah. insyaAllah kita boleh.

    ReplyDelete
  13. sejuk hati baca ni.

    kadang2 kita bawak pisau,(roronoa bawak pedang berhantu dia tu) kita acu kiri acu kanan, konon nak protect diri dan teman, rupanya dalam diam kita cantas lalat, nyamuk, kena tiang, kena dahan pokok, lepas tu dahan tu timpa orang.

    hee

    ReplyDelete
  14. syukur baca entry ni sejenak...
    insyaAllah, dimasa akan datang kita akan lebih berhati2 dalam menyampaikan cerita..

    hihi...
    ni cerita2 pendek yang kat page last skali tu ye?
    aku pun minat gak cerita2 kat situ...
    hihihi..

    ReplyDelete
  15. sme2 kte bermuhasabah...... heeeee

    ReplyDelete
  16. okay. gua nak masuk dalam selimut dan berhenti blogging.

    (-_-")

    ReplyDelete
  17. tu la klu tegur xda asas smpai menyakitkan hati orang..klu kita pikir dri kita je mmg r lantak dorng nk sakit ati pujuk dri sndri tp adkh sikap itu tuhan suka..bro xnk buat entri khas lg ke..huhu..

    ReplyDelete
  18. entry aku da kutuk orang tak???mintak maap

    ReplyDelete
  19. kenapa aku tak rase santap bila bace entry ni? iskkk... padahal aku banyak sibuk hal org lain. hehehe.. takpe, nnt aku taubat ape yg aku buat. thnx share dgn kitorang. ngee^^

    ReplyDelete
  20. @ Amir Izzat,
    u r welcome bro.. =)

    @ FarhanaDr,
    yhx.. hope so.. =)

    @ Cik Guli,
    =)

    @ fisha,
    thx u.. =)

    @ firdaus khalid,
    ye ker hang rasa mcm ayah wartawan tue.. kakaka.. apalah yg kantoi sgt tue.. besa jer aku tgk.. :D

    ReplyDelete
  21. wahh!!
    bagus lah majalah solusi..
    Cl tak penah beli pun..hihik
    tapi menginsafkan CL gak sebagai blogger baru..

    ReplyDelete
  22. terima kasih zoro atas perkongsian ini!
    mmg kadagkala kita lupa untuk menyedari perkara tersebut..
    ralit dengan perkara yg diri sendiri rasakan betul..
    reminder untuk diri aku sendiri juga!
    tengss.. :)

    ReplyDelete
  23. @ @yuE,
    hahaha.. kalo geli x perlulah panggil sayang. hehehe.. buat biasa jer.. (^_-)

    @ Amri Bahruji matPuisi,
    betol cakap ko.. kita mesti ada ego sendiri.. tapi kadang2 aku terlampau menegur seolah2 aku nie perfect.. aku jadi riak bila aku rasa aku seolah2 lagi bijak.. that y aku ingin berasa rendah diri kembali.. aku x mahu bila sampai masa aku salah tapi aku jadi tersangat ego sehingga xmahu mngaku salah. Aku x mahu jadi seperti JustKhai yang sombong bila dia bangga berblogging selama 6 tahun n xmahu mengaku salah bila org tegur walaupon terang2an dia yg salah. aku takut segala apa yg dalam blog ini akan jadi ajaran sesat. sebb tue aku cuba muhasabah diri. thx banyak2 sebb tegur.. aku masih simpan ego aku didalam hati ini. untuk pertahankan keluarga dan diri aku sendiri... =)

    @ Lya Colours,
    u r welcome Lya.. =)

    @ nur_nj,
    yerker? hehe.. welcome.. ^_^

    @ Nur,
    hehe.. alangkah baiknya jika semua org berfikiran terbuka mcm Nur.. menerima teguran yg diberi dgn hati yg terbuka.. maybe bagi yang dah lama berblogging nie.. dia terasa dia dah matang dan tua dalam dunia blog nie. ada yang rasa seperti dialah yg merasa asam garam dalam hidup nie. lebih2 lagi blogger yg tua dan lebih ego. tapi x semua yer? =)

    ada satu blogger (xperlu sebut nama) yang marah2 malah maki2 bila org tegur templetes dia. Hsnya kerana tegur templete yg seksi sahja. perlukah dia nak maki hamun? perlukah dia hina blogger2 newbie walhal dia tidak tahu pon samada yang menegur dia adalah newbie atau otai..?

    blogger adalah manusia yg punya ego.. tapi bila ego yg terlampau tinggi, dah x berguna nak tegur. benar dalam pantun sajak yg nur bagi, kalo org dah xnak terima.. baik kita diam sahaja. paling kurang, kita dah jalankan tggjwb kita sebagai sesama saudara.. =)

    hati yang sakit ada obatnya
    hati yang terusik cuba di pujuk
    kalau teguran tidak diterima
    berdiam diri lebih elok.

    Pantun sajak dari Nur

    ReplyDelete
  24. @ Siti Fatimah Nabihah,
    jom sama2 mengawal perasaan marah n cepat melatah.. hehe.. chaiyok2 ct !! =)

    @ El-Zaffril,
    hope teguran kita diterima oleh blogger2 lain. Sebab agama kita pon pernah kata. Sampaikan kebenaran walaupon pahit. hehe.. bergntung kepada individu tersebut pula kalo nak terima.. =)

    @ Alyssa Villamor,
    haha.. Alyssa xpernah buat zoro kecil hati pon lah.. hehe.. =D

    @ MuNsYi SaMa,
    insyaallah.. amin.. semoga kita berubah.. =)

    @ lilacfla,
    hehehe.. pandai kau buat madah ek? =P tapi betol kata ko. kadang kita nak defend diri kita.. tapi x disedari kita dah lukakan org sekeliling kita.. huhu~ =(

    ReplyDelete
  25. @ MsAnisSyahirah,
    haah.. yg page last.. hik3.. =P
    lepas nie kena hati2 dah.. kita berblogging sebb nak buat kawan. bukan buat lawan. aku xnak dah dicop sebagai sombong.. hehe

    @ Loyar Lawa,
    Jom sama2.. ngee~

    @ J. Love,
    wait !! jgn berhenti weh.. ko berbakat lah beb.. ngagagaga...

    @ din,
    din.. saya xpernah buat tuduhan x berasas kepada sesiapa pon.. entri ini bukanlah entri meminta maaf kepada Khai tue. tapi kepada blogger lain. Aku tetap mengutuk keras khai sebb dia buat entri yang x berfikir panjang, entri yang x consider mengenai isu sensitif umat islam. jelas aku bukan meminta maaf kepada dia disini. Apa yng aku berblog pasal khai adalah berdasarkan fakta. Think positive dan panjang2..

    mengenai entri khas, tengok lah.. maybe kalo aku x puas hati, aku akan attack bersama helioz. <-- (Helioz attack sesuatu yang betul, sebb tue aku akan ikut dia.. kecuali kalo aku x berkenan dgn apa yg dia perjuangkan) huhu~

    @ MISH LOLIPOP,
    setakat nie xde ape2.. hehe.. =)

    ReplyDelete
  26. @ maisyara Pot! Pot!,
    x perlu tersentap kalo kita perjuangkan atas apa yang betul.. contoh kes oh manusia (eh ko ade ke tak ek masa tue? huhu~), mmg dia patut mintak maaf pon sebb sentuh bab sensitiviti.. yg aku maksudka adalah perkara simple yg aku dah tegur melampau2.. hahaha..

    @ Wan Perlis,
    sifat manusia mmg ada ego.. terpulang pada individu setinggi mana dia nak kawal ego dia.. haha..

    @ Colourful life,
    belilah.. zoro rekomen kan.. sebb mmg bagus.. kawan2 pon sokong.. =)

    @ kella,
    u r welcome.. hehehe

    ReplyDelete
  27. very-very nice entry..
    sama2 muhasabah cari kesilapan diri~

    ReplyDelete
  28. macam tu ke... laen kali tanak la tegur orang.. takut menyinggung hati orang laen.. :)

    ReplyDelete
  29. susah hati gak kalau tulis benda yg terlalu 'straight to the point' sebab orang akan terus terasa. susah jugak tulis benda yang terlalu "berkias" kang takut orang tak paham bahasa pulak.

    apa - apapun, dunia blogging ni luas sangat untuk kita terokai. ada baik, ada buruk, ada manis dan ada busuk! so. pandai2la kita dekati dan pilih mana satu gaya kita nak bawa.

    jadi diri sendiri lebih baik daripada berangan nak jadi itu ini. berbangga, bersyukur dengan apa yang kita ada. :P

    good luck fren.. janji jgn buat lagi k

    ReplyDelete
  30. sebab tu kadang-kadang kite tulis tanpa sedar orang yang baca terasa hati huhu

    ReplyDelete
  31. bagus weih entry nih
    yups
    kita boleh mengkritik
    tapi biar membina
    cari juga kebaikan
    jgn menghentam kromo teruskan

    ReplyDelete
  32. kite kan manusia...tak lari dr buat salah..so learn from mistake ..k... :)

    ReplyDelete
  33. betul tu..
    kadang2 kita tak perasan ayat kita tu menyakitkan sangat

    ReplyDelete
  34. kadang2 tulisan kita mampu membuatkan orang terasa...tapi untuk kebaikan semua...ada pengecualiannya..

    macam nie lah...nak tegur boleh jer...juz berbunga sikit...faham2 lah..majoriti adalah malays...cepat melatah...hati-hati ya :)

    aku pun pernah buat orang terasa...bukan sekali dua...berkali2 lah juga...if ko sanggup kena tohmah kena caci...hilang kawan untuk benda simple like me...truskan ape yang ko rasa elok...

    aku pernah kena pulau...semata-mata hal2 macam nie...biasalah manusia...

    ttg perbalahan yang lepas2...review balik...minta maaf even kita tak salah...manusia mengerti bukan dalam masa yg singkat...maybe enam blas tahun kemudian..baru ada kesedaran :) hehehe

    ReplyDelete
  35. klu da ktuk spo2 meh gtaw ak no..kang ak mntak maap..hehe

    ReplyDelete
  36. @ maCy,
    thx.. sama2lah kita muhasabah.. =)

    @ sD,,
    menegur kalo perkara yg benar xpa.. tapi biar berlapik.. sesetengah org nie kata sporting.. tapi bila kena tegur melompat sana sini.. hehe..

    @ ApekxHensem™,
    thx apek.. hehe

    @ luth textile,
    thx bro.. hahaha.. anyway, aku x dapat janji la.. haha.. =P

    @ helena's,
    yup.. betol3.. =)

    ReplyDelete
  37. @ hans,
    betol.. kritik tapi membina... tapi dalam2 membina tue, ada jugak yg x terima kenyataan.. huhu.. entah la.. ego pondan kot.. haha..

    @ mizzbutterfly,
    thx.. aku akan belajar.. =)

    @ zool,
    hehehe.. samalah..

    @ Sir Marcello,
    hahaha.. betol2.. ada pengecualian.. thx Sir Marcello !! =)

    @ MISH LOLIPOP,
    xde.. ko x kutuk sape2 rasa aku.. =P

    @ ♥ana centap♥,
    thx... hehe

    ReplyDelete
  38. @Thanks bro, kena hati2 menulis lagi pasni ye :)

    ReplyDelete
  39. zoro,after aku link kan entry kau ni,.aku baca ulang2 kali weyh..aku setuju seratus peratus entry disini..kau tahu kenapa aku suka blog kau??sebab entry kau selalu disertakan bahan bukti..(bukan cakap kosong)..kedua,sebab ada gambar zoro..auww..one piece..LIKE!

    ReplyDelete
  40. kalo en zoro terasa ngn apa yang saya komen semalam,i'm sorry....saya x tujukan pada mana2 pihak pun...sapa lah saya untuk menilai salah betul org lain sedangkan diri sendiri pun seorg hamba yang keldil di sisi-NYA....

    smua org kat dunia ni x perfect...semua org lakukan kesilapan...tp saya pernah kata kan dulu kan,.."biar pun org baling kita dngn tahi, kita ttp baling dia ngn bunga"...

    maaf kalo saya tersilap ckap..itu hanyalah sebagai pandangan seorg hamba yang jahil seperti saya....

    (aku insan biasa)..:)

    ReplyDelete
  41. @ Affan Ruslan,
    yes.. thx u.. =)

    @ Sendra,
    hehehe.. yerke? =) cakap tanpa sebarang bukti adalah sesuatu yg bahaya. Kalau x mahu dituduuh sebagai pembuat fitnah, sila sertakan bukti selalu.. hehe

    ReplyDelete
  42. @ Suara Hati Ini....,
    thx atas nasihat awak.. =)

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.