Sunday, August 15, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Ramadhan Sudah Kembali. Jangan Ponteng Puasa Ya ! (^_-)

Assalamualaikum kepada semua. Tup.. tap.. tup.. tap, dah sebulan rupanya aku tinggalkan blog aku nie. Kesian kat dia takde siapa jaga. Habis bersawang-sawang blog nie (bersawang-sawang ker? ). Haha. Kalau ikutkan entri aku 15 Julai lepas, aku janji nak update selepas 2-3 hari je, tapi malangnya hari nie baru nak update. Sorry lah kepada sesiapa-sesiapa yang menanti update dari blog buruk aku nie. Tak sangka pulak macam-macam masalah yang menimpa. Masalah apa pun aku dah lupa. Maklumlah, dah lama sangat. Hehe.. =P


Anyway, apa-apa pun aku nak cerita sedikit sebanyak apa yang dah terjadi kat aku sepanjang aku tak berada di dunia blog ini. Nak kata dunia maya tak boleh jugak sebab aku asyik main games online jugak. Hehe.. OK. Kembali kepada asal. Kalau dikutkan pada beberapa entri lepas, aku sebenarnya dah tamatkan subjek terakhir aku dalam bidang Diploma In Computer Networking di TATiUC. Kemudiannya tanpa berlengah masa telah menghadiri Pertandingan Kemahiran Malaysia di ILP Kuala Langat, Selangor. Disana aku bertanding dalam acara lari dalam guni. Oppss.. Gurau jer. Sorry.. =P Hehehe. Sebenarnya bertanding dalam kategori PC Maintenance. Dan resultnya baru keluar minggu lepas. Aku gagal ke peringkat selanjutnya. Hanya kawan aku, Muhammad Azri yang berjaya ke peringkat akhir. Tahniah kepada Azri.

Setelah selesai pertandingan tersebut, aku dengan Azri pulang ke kampung halaman kami iaitu di utara semenanjung Malaysia dengan menaiki bas di Terminal Bas Bukit Jalil memandangkan van kolej yang kami datang pulang bertentangan arah iaitu ke Pantai Timur. Kat sana kami beli tiket bas tetapi menaiki bas berbeza kerana destinasi yang tak serupa. Kat sana, macam-macam ragam orang yang aku lihat. Antaranya konduktor bas yang kurang ajar, budak muda mudi yang tak mengendahkan pakcik yang bertanya dan ada antaranya warga asing yang bersepah-sepah di sana. Buat apa pun tak tahu la. Haiishh.. Dan aku sendiri pun ada ragam aku sendiri iaitu terlepas bas. Cittt.. Macam mana la boleh terlepas. Aku lewat 30 saat je pun. Aduyai. Nasib baik boleh naik bas seterusnya tapi lewat sejam la.

OK, that all apa yang aku ingat semasa sebulan lepas. Selepas sampai rumah, apa yang aku lakukan hanyalah perkara lazim yang aku lakukan apabila balik kampung iaitu tolong mama aku berniaga Air Kepala Pandan. Wow ! Sebut-sebut masa bulan puasa nie, rasa macam teringin pulak nak minum air kelapa belahan mak aku. Hehehe.. Lapar pun ada nie. =P

Air Kelapa Pandan | Sekadar Gambar Hiasan

Dalam minggu tue aku sibuk jugak tolong keluarga aku sambil-sambil aku uruskan urusan aku untuk sambung belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mintak bantuan Baitulmal (zakat) dan mintak bantuan mak dan ayah saudara yang baik hati. Terima kasih kat mereka, tanpa mereka takde lah aku nak sambung Bachelor hari ini.

Dan sekarang. Aku telah berada di TATiUC. IPTS yang sama sewaktu aku mengambil Diploma. Dari apa yang aku lihat, subjek Degree nie agak berat daripada Diploma. Dan paling membuatkan aku bosan ialah kebanyakkan subjek yang aku belajar semester ini adalah teori. Memang sangat-sangat bosan. Huhu.. Tapi takpe, yang penting assignment, test dan quiz jangan abaikan dan kena buat sungguh-sungguh. Insyaallah final exam dapat keputusan memuaskan. Itu prinsip yang aku pegang. Hehe.

OKlah. Nak merepek banyak-banyak, tapi tak tahu nak cakap apa lagi. Apa yang nak aku ucap hari ini adalah Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua reader blog aku yang beragama Islam. Masih tak terlambat lagi kan? Hehehe.. Dan tak lupa memohon ampun maaf dipinta kepada sesiapa yang pernah terasa hati. Haa.. Waktu untuk kita meminta maaf dan memaafi nie bukan terhad pada hari raya sahaja, tapi sepanjang hayat dikandung badan. Satu peringatan untuk kita semua jugak. Kan? =)

Mengejar Sinar Di Hujung Destinasi

p/s : Kepada kawan-kawan, jika masa mengizinkan. Insyaallah aku akan kembali menjenguk blog korang semua. Tapi baca entri lastest je la. Tak sanggup nak belek blog korang yang entah berapa banyak aku telah ketinggalan. Hehe. See you soon. =)

16 comments:

  1. oooo patut la dah lama tak update...
    macam tu ye...
    anyway, tahniah sebab dapat sambung belajar lagi!
    all the best untuk degree k.
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. huhu...bz giler ko...skali apdet..hamekkk da wt esei spm...ngeee =P

    samat pose...maap gk la ea

    ReplyDelete
  3. gua rasa. gua dah mencikkkkkk sama lu sebab lu mati tiba2...



    terima kasih


    keh keh keh

    ReplyDelete
  4. rindu nak tunggu entry baru
    akhirnya ter update juga blog ni
    anyway, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. wei selamat berpuasa

    dan sila lah jgn biarkan blog kau bersawang

    sedih hati ini

    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Dimana zoro menghilangkan diri?kami semua rindukan zoro.. ceeewahh~ :P

    ReplyDelete
  7. patutla
    jgn hlang lama2 zoro:-)

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan
    apa kes?? tinggalkan kitorang lama sangat lah
    huhuhu... gurau ramadhan..

    anyways tahniah dr aku kerana dpt melanjutkan
    pelajaran peringkat bachelor.. gd 4 u

    wish u happy in ur life dan Insyallah Allah sentiasa bersama org yang sabar... =)

    ReplyDelete
  9. ouh.. u taking networking erk.. hmm,agak menarik?! hehe. welcome beck! selamt berpuasa zoro.. xmo ponteng2

    ReplyDelete
  10. @ nur_nj,
    thx for the wish.. hehe.. alah.. degree jer.. xleh challege org wat master tue.. =)

    @ eiffel,
    ahaha.. banyak yg nak dicerita.. :P
    selamat jugak... :D

    @ MOFASAD,
    perhh.. menci sama aku.. jgn weh jgn.. T_T

    @ eqacashperlala,
    rindu ke? thx.. hehe
    anyway, makin cun ek ko skg? hehe

    @ Lya Colours,
    selamat berpuasa juga.. ok3.. aku janji akan jaga lepas nie.. =)

    ReplyDelete
  11. @ AiDa AzRyN,
    cewaahhh.. terharu aku mendengar nya.. haha..
    ade je.. cuma bz sikit.. =)

    @ hasni,
    ok.. =) sori menghilang.. hehe

    @ Nur,
    salam ramadhan.. hehe.. thx u.. thx u.. :D
    hm.. gurau ramadhan pon ade ke? haha

    @ Siti Fatimah Nabihah,
    yup.. =) ok2.. x ponteng.. hehe

    @ 'AQILAH,
    selamat berpuasa jugak.. :D

    ReplyDelete
  12. semoga d permudahkan

    selamt beramadhan

    ReplyDelete
  13. ait
    tengok tinggal lagi blog ni bersawang

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum mcm mne nk contact abg ??? saya nak tanya mne lebih bgus msk asasi IT di tatiuc then terus smbung bachelor in science(computer network) or msk dip in computer network then baru smbung degree?? which one is better >???

    harap dibalas dlm mse yg terdekat.

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.