Monday, May 24, 2010

Akhirnya Manis Itu Ku Rasa Jua !

 Wohoo!! Yessa !!

Kali nie aku nak ceritakan pengalaman aku semester lepas. Memandangkankan ada blogger yang sebagai pelajar sekarang sedang menjalani latihan industri atau pratical, jadi aku tergerak hati nak ceritakan pengalaman pahit aku semasa semester lepas.

Tapi aku nak cerita siap-siaplah. Entri kali nie tersangat panjang. Macam mini novel pon ada. Haha. tapi kalau tak larat baca, tiada paksaan untuk membaca. Hehe. Apa-apa hal pon, kalo berminat baca jer sampai habis. Hehe.

Pengalaman Indah Ku Damba Tapi Pahit Yang Ku Rasa.

Kisahnya bermula pada pertengahan tahun lepas, 15 hb Disember merupakan hari pertama aku menjalani latihan di sebuah kilang di kawasan Bukit Minyak, Pulau Pinang. Nama kilang tue tak perlulah aku ceritakan memandangkan tak berguna satu sen jika aku sebutkan namanya selain dari menaikkan perasaan marah saja.

Pada hari pertama aku disitu, aku diberi taklimat dan melawat kilang tersebut. Semuanya nampak sempurna, pekerjanya, pengurusnya, kakitangan kesemuanya mesra alam. Disebabkan bakal supervisor aku tiada di kilang tersebut masa tue, aku diletakkan bawah department lain (disini segalanya berubah).

Oleh kerana aku dibawah department lain, secara automatik aku mesti dijaga supervisor lain kan? Entah apa punya perasaan pon aku pon tak tahu. Supervisor tue macam tak suka aku sangat. Anti sesangat dengan aku. Siap bagitau macam-macam peraturan yang aku perlu patuhi. Macam lah aku nie jahat sangat. Isk isk isk !!

Pada hari kedua aku kat situ, aku dengan berbunga-bunga hati pergi berjumpa dengan supervisor sebenar aku. Malangnya dia katakan dirinya masih sibuk dan perlu duduk dibawah department itu sementara waktu.

Hari ketiga, jawapan yang sama diberikan oleh supervisor aku. Lebih malang, bukan sahaja aku dah duduk dengan supervisor department lain tue selama 3 hari malah terpaksa duduk selamanya. "Nak buat macammana? Tak cukup tempat mau duduk?" padahal kerusi siap dengan meja ada ja sebelah dia. Dia ingat aku buta apa? Terasa macam diboikot jer. Huhu.

Minggu Pertama (bukan malam pertama OK?)

Minggu pertama aku lalui umpama orang yang bodoh. Bayangkan tak ada kerja satu pon diberi. Hah! Korang kata best la tak ada kerja kan? Korang cuba bayangkan pagi-pagi lepas solat subuh, hantar adik gi sekolah pastu pergi tempat kerja yang jauh 60km. Naik motor selama 40minit. Masuk kerja pukul 8am. Habis kerja pukul 5.50pm. Aku keluar rumah pukul 7 pagi, sampai rumah pukul 6 petang tapi satu kerja tak buat. Tak tensen ker? Ditambah pulak tak ada cuti pada hari sabtu. Kakitangan melompat kegembiraan half day hari sabtu, kuli-kuli kerja. Tak apalah. Diorang tue bangla, indon, nepal. Aku nie apa? Isk isk isk !!

Oh ya. Buat pengetahuan korang, suratkhabar tidak dibenarkan didalam kilang tersebut. SMS, MMS mahupon panggilan dilarang buat apatah lagi 3G didalam kawasan kilang tue. Even laptop dan kalo bosan atau kalo nak bangun untuk sejukkan kerusi yang kita duduk tue (maknanya terlampau lama duduk jer) dilarang. Kalo nak gi tandas je boleh. Oh lupa nak bagitahu, diatas meja yang aku duduk tue satu apa pon tak ada. Kalo ada komputer leh jugak aku create blog awal-awal lagi. Haha. Kejam tak? Kalo tak kejam maknanya korang tak menghayati kisah aku nie. Hehe..

Oleh kerana itu, aku meminta tukar tempat latihan industri ketempat lain. Perbincangan dilakukan dan aku dilepaskan dari latihan dari kilang tue pada 15 hb Januari 2010. 3 minggu untuk terlepas. Hooray!! Tapi...

Aku dibuli. Memang pengalaman pahit sekali disini. Sebagai pelajar didalam bidang Computer Networking, sepatutnya aku diberi kerja sebagai juruteknik komputer tetapi lain jadinya. Aku pernah disuruh sapu lantai, panjat syiling untuk pasang air-cond, malah mengendalikan mesin didalam kilang tue. Bila salah maki habis-habisan. Perhh.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Terasa macam nak kianat pon ada. Macam nak hack jer sistem kilang tue tapi kang kantoi pulak sebab aku jer tahu selok belok kilang tue. Hanya aku berdoa agar sesuatu yang baik akan berlaku jer.

Pahit Yang Kian Pahit

Minggu ketiga, aku serahkan surat berhenti latihan di kilang tue. Ada masa lagi seminggu. Tak apalah, bersabar kan separuh dari iman. Aku jeling kat supervisor aku. Dia sengih aje dan tanya alasan aku. "Tempat baru latihan tue dekat sikit dengan rumah, senang sikit datang kerja", tipu aku. "Tak apa, awak habis minggu depan kan? Jom saya bagi kerja last", katanya sambil ajak ke satu tempat. Dalam hati bukan kepalang seronok. Dapat lah jugak aku kerja dari asyik panaskan bontot jer duduk tanpa berbuat apa-apa. Hehe.

Jalan punya jalan, rupanya aku ke bahagian stor. "*(&@*%#&)!%^!#$@!*" katanya dalam bahasa tamil kepada kakitangan kat department tue. Lepas tue sambung kat aku, "Lepas nie kalau ada apa-apa yang dia suruh angkat, awak buat ya. Saya nak balik pejabat." Cilakak. Aku disuruh jadi kuli di stor pulak. Ingat bagi kerja baik punya. Hm.. Keesokkan harinya, aku tak pergi terus. Puas hati aku. Hehe.

Ditempat baru, layanan adalah 100 peratus berbeza dari kilang lama. Mungkin kerana syarikat sebelumnya kepunyaan india dan chinese ( ini bukan provokasi OK? ). Bagi aku, hanya manager dan kaki tangan dibahagian human resouce sahaja yang mesra alam berbanding enginneer yang bongok dan sombong tue.

Pendek kata, segala layanan buruk yang aku terima di syarikat lama boleh dikatakan berbaloi sebab apa yang aku kecapi selepas itu adalah indah. Layanan yang sepatutnya aku dapat kecapi juga. Memang berbaloi lah aku bersabar dan bersabar dambil berdoa. Bagi kepercayaan aku, segala perkara yang aku lalui adalah pertukaran nasib dimasa akan datang. Maksud aku, kalo hari nie aku dapat kesusahan, masa akan datang sesuatu yang baik aku akan terima. tapi dengan syarat, kena bersabar dan bertawakal lah. Hehehe..

Akhirnya Manis Itu Ku Rasa Jua !

Hari nie aku ke pejabat HEA ( Hal ehwal Akademik ) untuk mengambil keputusan latihan industri semester lepas. Selangkah demi langkah aku ke kaunter tersebut. Debaran di hati tak usah nak cerita. Macam nak terkeluar pon ada. Tapi dengan tenang aku pon bertanya. "Akak, nak amik result sem lepas boleh? No matric 07A05026.", kata aku.

Kak HEP menaip-naip sesuatu di atas keyboard. Pantas juga aku tengok. "Nama awak Roronoa Zoro ek?", katanya. OKlah. Aku tipu. Kakak tue tak sebut Zoro sebenarnya. tapi nama aku. Terpaksa dirahsiakan. Hehehe. "Haah", jawab aku. "Ermm.., 4 flat", selamba Kakak tue cakap.

"weeeeeeeeeeeeeee', jerit aku dalam hati. Dalam sejarah hidup aku di TATiUC nie, tak pernah aku dapat 4 flat. Even final projek aku yang gempak pon dapat 3.3 jer. Hehe. Alhamdullilah. Tak sia-sia aku bersabar sewaktu dibuli-buli dulu. Nasib baik aku tak sebarkan virus yang aku cipta kat kilang tue dulu. Kalo tak, mesti aku tak dapat rasa perkara baik yang seperti nie hari ini. Hehe..

Pendek kata, apa yang aku cuba sampaikan adalah setiap kesusahan yang kita hadapi ketika ini atau sebelum ini pasti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik. Sebab aku percaya akan hukum karma. Eh.. Boleh ker percaya ek? Takpe-takpe. Aku percaya sebenarnya hidup nie umpama roda yang berpusing. Semalam kita kat bawah, esok pasti kat atas kan?

p/s: Apa pendapat korang? Adakah korang percaya kepada ketentuan nasib ini? I always believe in LUCK !

28 comments:

  1. Tahniah En Zoro ! wahh, tak sia2 la anda kena buli selama ini. Tapi mmg benar org kata. bersusah2 dlu bersenang2 kemudian.. hasilnya? perghh! hehehe.. congrats again! =)

    ReplyDelete
  2. Wahhhhhhh.. Gile kejam arr diperlakukan seperti itu.. Boleh mati kutu kot kalau daku berada di situ.. Huhu.. Takpe encik zoro.. Last2 merase gak manisnya.. Hebat tuuu.. Heehee.. :)

    ReplyDelete
  3. dak2 pektikel mmg kn tahan ckitla bende2 tu...kihkihkih
    nnt dah kije nanti seme tu bole djadikn sbgai pengajaran yg sgt berguna...

    ReplyDelete
  4. hehehe... tersenyum aku baca orang kena buli. Bukan apa teringat aku membuli budak latihan U. Hmmm.. tapi selepas practical aku minta maaf coz itu hanyalah cabaran utk dia alami selepas bekerja..

    p.s. aku tabik le kat kau pasal kau penyabar. =)

    ReplyDelete
  5. sis pun masa praktikal kena buli..cukup2..
    akhirnya sis dapat yg terbaik..
    last sem sis dapat cgpa 3.81 alhamdullilah

    ReplyDelete
  6. hihihi.

    nama awak roronoa zoro ea? HAHAHAHA ;)

    congratulations XDDD yup2, roda berputar. hehe

    ReplyDelete
  7. TATiUC, pendekkan untuk apa ya?, setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Saya turut percaya kepada nasib.

    ReplyDelete
  8. first time ke sini..
    Aku pun peminat Roronoa Zoro ..
    tapi biasalah tu.. latihan industri adalah waktu nak kena buli..

    ReplyDelete
  9. bukan semua orang dapat melalui pengalaman begitu tau.. kiranya Zoro bertuah sungguh.. ada cerita nak kisahkan pada anak cucu nanti :D

    ReplyDelete
  10. owhh..
    kat TATIuc upenyee..
    n congrats sbb dpt 4 flat!!
    org yg sbr mmg dpt rasa kemanisannye nnt~!!

    :)

    ReplyDelete
  11. wa dulu latihan industri full ngan malays..suma bek2..but, ada certain part rasa cam xbest..

    attitude keja..cakap belakang etc..tapi tak suma..baru tau sikap malays macam mana dalam organisasi..

    aritue pi interview..malays gak..tapi baik2 sumanya..elok budi bahasa..kiranya len rumput len belalang~

    ReplyDelete
  12. erm
    aku study dulu xde praktikal
    hehe suka2

    tempat keje skrg mmg x byk keje
    kadang2 dlm 1 minggu tuh xde keje lgsg
    nasib ada pc
    so bleh meronggeng

    susah sebelum senang
    kene ingat
    dan sentiasa bersabar

    ReplyDelete
  13. Cik Kyla : hehe.. thx Kyla. mmg zoro bersyukur sgt.. =)

    El-Zaffril : thx.. =)

    FarhanaDr : tahu xpe.. tersgt bosan sampai rasa cam org gila.. mcm dalam penjara je kat sana.. hehe.. haah.. tapi syukur lepas tue dapat gak merasa 4 flat.. =P

    Mario : kat kilang lama tue bukan pengajaran or pengalaman.. tapi satu penyelewengan lah encik mario.. hehe.. tiada satu kerja yg berkaitan computer pon yg diberi.. hanya sapu sampah, jaga stor.. huhu~

    Nur : hehe.. yerker? semua patut kena buli ek? hehehe.. thx.. aku penyabar sikit jer sebenarnya.. =P

    ReplyDelete
  14. Siti Ruhayu Ab Rahman : wow.. sis tersangat hebat.. saya pointer last dapat 3.41 jer.. x mampu dapat potongan pinjaman mara.. =(

    eqacashperlala : thx u eqacashperlala !! =)

    Cik Guli : haha.. gurau jer loo.. =P anywayy thx.. =)

    akuvision : TATiUC = Terengganu Advance Technical Institute University College. Hehehe.. Percaya kepada nasib kan bagus. Tahniah menang pertandingan belia !! =)

    miss hav0c : yessa!! jom masuk tati.. hang dapat kos apa? =P

    ReplyDelete
  15. zool : eh ye ker zool? tapi kkalo ditindas pulak camna? huhu

    cikgu isza : hehehe.. cerita pahit.. xpelah.. biar kisah tue tersemat di dalam blog ini jer.. hehehe..

    Azza J : haah Azza, tahu ke tati? org ganu ek?

    Sir Marcello : haah.. aku pon rasa begitu lah kot.. lain adat lain resam.. (betul ke ek?) huhu..

    Lya Colours : xde pratikal? biar betol? wahhh.. senang je gitu? blajar mane tue? =)

    ReplyDelete
  16. 15 hb Disember besday ai yer
    jangan lupa

    hehhehheheheh

    ReplyDelete
  17. hahaha..lebey kurang r...miyahaha

    ReplyDelete
  18. hahaha..mlg btol nseb en.zoro!!
    cian~

    perggghhhh...!!
    4 flat..gmpak gler result!!
    congrats ;)

    ReplyDelete
  19. tahu..sebab kg kat besut..
    and ada few friends sane..
    :)

    ReplyDelete
  20. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : eh yer ker? wahh x sangka lak.. hehe.. kita tunguuuu... =)

    Sir Marcello : same ke? hehehe.. tapi apa yg sama? result atau pengalaman pahit?

    chikako ai : thx u.. hehe =)

    ReplyDelete
  21. Azza J : besut rupanya.. oo.. sape lagi kawan? =)

    ReplyDelete
  22. result tak kuar lagi..aku baru settlekan LI bulan april hari tue...Uni aku mmg style lambat skit..result sekali ngan budak2 exam...Uni besaq..kena take time skit

    ReplyDelete
  23. LI aku lulus failed je..mase keje tu memang letih. gaji ciput. so, pandai2 la..takkan nak buat ot kan. tak berbaloi. ahaks..
    tempat aku LI dlu pon bnyk masalah dalaman. gado2, tak puas ati ngn department lain la. tp sbg student praktikal kena la bijak. jadi dasar berkecuali tanpa menangkan mane2 pihak. layanan pon ok je..
    roronoa zoro..awat ko tak kasi slash je kat supervisor yg kasi layanan hampeh tu? ahaks..

    ReplyDelete
  24. Sir Marcello : oo.. yer ker.. ko uniKL mana?

    NiZaM Limited : ahahahak.. kalo bagi slash, aku kena kick free jer.. hehehe.. ok2.. lain kali aku try yer.. hehehe.. =)

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.