Sunday, May 9, 2010

Buatmu Ibu - Selamat Hari Ibu, Mama !!


Hari nie hari ibu. Mungkin ada yang tak tahu. Sebenarnya hari ibu bukanlah disambut pada 14 May, tetapi pada minggu kedua pada bulan Mei. Bagi pandangan islam pula, setiap hari adalah hari ibu. Kerna kita perlu melayan ibu kita dengan sebaik-baiknya.

Bagi aku,
tahun nie menggamitkan ingatan kepada arwah ayah aku yang hampir setahun meninggalkan kami. Masih aku ingat, sewaktu arwah Abah masih hidup, arwah menolong Mama menyarungkan apron ke Mama sambil mengucapkan "Selamat Hari Ibu !!" dengan nada bergurau. Aku di situ tertawa melihat gelagat kedua ibubapaku manakala Mama memarahi Abah sebab bergurau tak kena masa. Itulah arwah Abahku. Sentiasa bergurau dimana-mana sahaja.

Mama, ku coretkan secebis memoriku disini sebagai kenanganku sepanjang hidupku yang sempat matang bersama-sama Abah dan sebagai tanda ingatanku kepada mu Mama. Ku ingin semua tahu ku sayang keluargaku lebih dari yang lain sekarang.





SELAMAT HARI IBU, MAMA !


Mama, sempena Hari Ibu sedunia ini, saya nak memohon maaf kat Mama selama mana kelakuan ku yang nakal nie. Ampunkan dosaku sebagai anakmu yang paling banyak membuatkan kamu risau. Ku ingin mendoakan semoga Mama sentiasa sihat, mendapat keredhaan dan murah rezeki dariNYA. Amin.

Sekian untuk entri kali ini. khas buat ibu tersayang !

Seikhlas dari anakmu yang amat menyayangi mu.
Ahmad Sufi






LAGU AEMAN - BUATMU IBU !


8 comments:

  1. Kyla : selamat hari ibu buat mama mu dan mama ku.. =)

    Zikr : selamat hari ibu juga =)

    merah : selamat hari ibu juga =)

    mario : ya ! selamat semuanya.. hehehe..

    eykaeyra : epi mak day too =)

    ReplyDelete
  2. ya allah... panjangkan la umur ibu ku.. selamat kan la dia..
    murahkan la rezekinyer... ya allah...

    ReplyDelete

Pendapat korang adalah amat dialu-alukan.